Monday 18 October 2021

Kerana masakan...

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jumpa stranger(A)  mulanya. Sembang-sembang maka terkait dengan Kawan yang lama lost contact. Kawan kepada A merupakan orang yang aku cari.

Sebab aku dok teringat kesungguhan dan perwatakan beliau yang sederhana. Rajin dan asyik senyum. Tak lah rapat sangat tapi aku dok teringat dia sebab masa bujang dulu dia jenis suka masak, kat umah sewa dia. Aku dol umah sewa lain.

Kebetulan ada nak bincang assignment kat rumah sewa dia, sampai lunch dia kata makan sini. Eh org bujang bersungguh ajak.  Aku kata takpalah ,,kita banyak nak buat,, kita tapau.

Dia inssit nak masak. Simple sahaja satu rumah bau..Hahahha. Kejap ja dia buat

Daging goreng.. perghhh panas panas.. Layan.. Tu ja lauk..dgn kicap

Sampai la ni aku teringat peristiwa tu, Memang student masa tu susah. Masak sendiri jimat.

 

Aku dengan dia orang kampung.. Dia pantai timur aku orang utara.

A bagi nombor phone dia. Aku telefon. Jenuh nak recall dia tu la, Sbb lama.. Dua puluh tahun lebih…

Tapi dia ingat la kat aku..hahahah. Peristiwa tu dia tak ingat.

Kita yg diraikan ingat sampai la

 

Sebab makanan kan.. Sebab tulah kita dok ingat masakan mak. Air tangan mak. Darikecik bersuap. Kemudian masak hari2. Tapau? Tak ada dalam kamus aku kat kampung nak tapau, Kedai pun jauh. Kalau keluar dengan motor dengan ayah baru lah makan kat kedai.. Mee hun sup ka? Mak tak pi juga sbb motor kan.. Mana kami ada kereta.

So dengan masakan kita merindui seseorang yang Bernama emak.

Pasal Kawan masak kat kita pun kita ingat…

 

p.s Argghh nak cari tomyam putih..seafood sotong banyak,,sedap juga tu. Tiber.

 

 

 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...