Semasa kecil aku selalu menunggu kalau ada gerhana. Aku
sangat kagum dengan fenomena alam. Dikalaa siangnya walau tanpa berita gerhana,
aku termangu-mangu melihat langit yang membiru. Kenapa biru? Aku terpana dengan
luasnya alam semesta , banyaknya bintang di malam hari.
Apatah lagi jika berlakunya gerhana, samada gerhana mentari
atau bulan, semua itu menjadi kenangan tentang sikap ingin tahu aku semasa kecil.
Hari Rabu menjelang berakhirnya Januari 2018, kali ini
pengakhiran bulan agak unik:
- Blue Moon, fenomena bulan mengambang penuh kali kediua dalam bulan masihi,
- Supermoon, apabila bulan berada dalam orbit yang paling hampir dengan bumi dan,
- Blood Moon, gerhana yang “memerahkan“ permukaan.
Kali terakhir fenomena 3 dalam 1 berlaku pada tahun 1866.
Wow, pasti amat unik dan jarang jarang berlaku. Apa pun semua itu kekuasaan
Allah. Yang pasti kita mengambil iktibar bahawa betapa kerdilnya kita di alam
semesta ciptaannya.
Maka aku pun cuba untuk melihat fenomena ini. Kalau ikut
resam kehidupan, sela masa 150 tahun untuknya berlaku lagi mungkin aku sudah
tiada. Its now or never untuk melihat. Sepetang hujan lebat , namun aku dan
anak-anak keluar juga untuk mencari gerhana. Boleh juga kuterangkan apa yang
berlaku. Tidak lah mereka melihat tanpa memikir atau setidak-tidaknya taklah
mereka termangu-mangu mencari jawaban kenapa dan bagaimana gerhana berlaku.
Mungkin oleh rumah atau bangunan , kami keluar hingga ke jambatan untuk mencari
bulan. Namun tidak ketemuan. Peluang sekali seumur hidup tak mungkin akan ku
lepaskan . Kami menunggu dan menunggu namun yang ditunggu tak muncul.
Bulan
sembunyi di balik awan.
Terlepas satu fenomena ciptaan Allah Yang Maha Agung, Yang
Maha Esa dan Yang Maha Segalanya.
Dalam kehidupan, peluang daaing mungkin sekali itu sahaja.
Kalau kita tidak mencapainya mungkin tiada lagi peluang akan muncul. Kalau kita
mencuba tapi tidak berjaya, itu adalah ketentuanNya. Maka pasrah dan redha lah..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again