Tuesday, 27 February 2018

Berjumpa "Neelofa" yang lebih elok di Vietnam?

Aku berangkat ke Vietnam malam hari. So sampai saja aku nak rehat kat hotel. Makan pun order dalam flight AirAsia, tak mau makan kat Vietnam sebab ingat malas nak turun hotel. Makanan pre-book lah ye and, not bad makanan yang disajikan. Kira just nice la makanannya, i.e nasi lemak dan nasi ayam. Dan tak da nak komen apa apa kecuali yang bagus-bagus sahaja.
Keberangkatan kami ( eh betul ke ayat ni, macam keturunan sultan la pulak) Flight AK 254 lewat sejam dek kerana ada penumpang tak jadi travel. Semua beg dikeluarkan semula untuk mencari beg penumpang yang tak travel. 
Mengikut peraturan   International Civil Aviation Organization (ICAO) tak boleh ada “unaccompanied baggage”.

Kalau penuumpang tak boleh travel atas sebab sebab  kesihatan ka, kecemasan ke, tau apa saja. Beg musti dikeluarkan. Kerana mana tau kes sabotaj ke apa ke. Na'uzubillah..
Aku ni ada la sikit-sikit phobia naik flight ni, agak cemas la keadaan penumpang kansel nak fly ni walaupun baggage dah check-in, dah dah masukkan dalam pesawat. Apasal la pulak dia tak naik sama??
 Adoii cemas juga. Buat suspen saja..

 Tapi Alhamdulillah, selamat pergi dan kembali.

Tetapi catatan ni buka pasal Vietnam sangat , catatan trip Vietnam tu tengoklah nanti, akan aku update. Feel untuk menulis belum ada lagi.
Tetapi, bila pergi Vietnam mesti ada Neelofa.!! Di mana-mana  tempat yang menjadi lokasi orang Malaysia lah membeli belah. Kedai tak berkaitan dengan tektile taklah tak terlibat dengan Neelofa.

Tulisan pasal Vietnam tapi nak cerita pasal Neelofa ..hmmmm

Ok, aku sebenarnya tak suka menulis pasal Neelofa sangat. Dia tak perlu pun penulisan kat sini. Dia seorang yang gigih dan popular dan semuanya terarah ke mercu jaya je. Chewahhh.
Orang nya manis pabila tampil di khalayak. Di belakang khalayak tidak ku tahu.

Itu yang aku tau pasal sedikit sebanyak pasal dia.
Muncul kerana pertandingan Dewi Remaja ( agakkan aku)  dan terus maju setelah penampilannya yang  penuh kontroversi di Anugerah Era ( kalau tak silap) dengan berpakaian yang sikit terlampau. Sikit tapi terlampau.?? ( diplomasi kan ayat aku). Pakaian power rangers kata orang.

But kita manusia, semua orang buat silap. And good for her, ianya mungkin menjadi batu loncatan untuk perkenalan beliau dengan segera di persada seni dan glamer. Yep, sesetengah orang need that untuk publisiti. Seterusnya beliau berubah dan berhijab dan berjaya dalam dunian yang beliau ceburi dan...well, seperti aku kata tadi semua orang buat silap dan she seemed to learned from it. (keyword: seemed)

Dan rezeki bertambah tambah berkat doa mak bapanya dan keluarga serta peminat beliau yang senantiasa menyokong beliau
(Oh aku bukan fan ya).

She lives a full life. Err, except lifepartner tak dah lagi, kot.
Semua nampak great . Latest milestone beliau, dia telah dilantik  menjadi Director AirAsia. Hermm banyak juga aku tau pasal gadis genik ni…wohahahaha.

  

Patah balik cerita Vietnam.. Aku tengok banyak tudung Neelofar di kaki lima .. Dilonggok dan dicampak di kaki lima seoalah tiada nilai. Ada juga Ariani . Bokitta ( jenama apa ni? Seyes aku taktau).
Aku pasti kalau jenama aku pun, aku menyirap.

Patutlah dia marah sangat satu masa dahulu tentang betapa tudungnya diciplak di negara yang mempunyai pantai yang panjang tu. ( tengok tu, aku tau juga tentang isu ni).

Macam mana Lurvy nak beli barangan kain dan tudung kalau yang ada brand Neelofar, Ariani dan entah apa brand lagi?
 Adoyai macam ni ke Vietnam..??  
Kualiti yang pulak agak rendah, dan harga lagi la rendah. 

Hmmmm..aku dengan Lurvy kalau nak beli pilih yang gantung-gantung dalam kedai tu tanpa bungkusan,  tanpa brand. Jangan tengok brand sebab tuannya lama develop brand tu. Kalau tak dak label lagi bagus. Tengok corak dan kualiti dia kalau minat beli. Jangan di belek ada cop Neelofar ka Norizan ka, Ariena ka, Nabila ka waima cop Lurvy pun jangan dibelek. Beli sebab kainnya dan kualiti. Masalah oo sebab boleh dikatakan ada brand (ciplak).

Beli sebab corak dan, padan dengan kualiti vs harga.

Kalau chop Neelofa mana mungkin 10 riyal..Paling kurang pun 100,000 riyal serba satu.Tu pun kalau dia nak.
(P.s my Lurvy is priceless!!)

Kalau lepas bayar ada label yang tak berkenaan nasib ler.. . Tak fair rasanya beli label yang bukan empunya.

Masa beli telekong, minat la satu dua  telekong yang bergantungan, pilih dan bayar. Stok diambil  dalam dalam plastic biasa ja.  Ok la  macam patut macam tu .

Pastu tuan kedai keluarkan plastic SK dan begnya. Beg kain maroon sebijik jenama SK. Lah,  nak re-pack pasai pa. Kami beli base on sampel yang bergantungan togel cam tu ja. Mana ada brand SK, pehal pulak dan masuk elok-elok dalam jenama orang ni. Beg beg kecik buat berat luggage ja.

Ok berbalik pada Neelofar, satu jenama yang terkenal dalam arena pertudungan. Ianya sebenarnya bagi aku, ia adalah fashion semata , not more than that. Dan itulah yang dipersembahkan oleh jenama itu sendiri. Mungkin asalnya kearah penghijahan diri di mana  empunya dirinya memakai hijab namun akhirnya mungkin factor keuntungan yang membawa label ini ke tahap yang tinggi ( atau makin rendah). Terpulang kepada anggapan memasing.

Sebenarnya produk dan penampilan diri serta cara pemakaian perlu menggambarkan identiti kita. Kita boleh jual apa saja tetapi jangan jual identiti. Kita boleh hilang semua tapi jangan hilang pengharapan dan sebagai Muslim tentulah kita bergantung harap padaNya.

Kita boleh melancarkan tudung  atau hijab ( tu dia, hijab tuh??) di mana mana. Tetapi jangan ikut mereka. Bila lancar new fashion line di kelab jangan la terkinja macam "ahlil clubbing".
 Ko dah kenapa????
Macam tak jive..>>> hijab  = clubbing? Atau dah memang macam tu sekarang ni. Aku pening memikir.

Dalam termangu-mangu, aku cuba-cuba cumi cumi menilai yang mana lagi mulia:
a)Neelofar di kaki lima di depan kedai Hj Osman di Vietnam atau ,
b) Neelofar yang terkinja dikelab malam. 
Arghh... siapalah aku hendak menilai. Aku pun tak tahu untung nasib diri di hadapan yang Esa..

P.S. Adakah hanya kerana jimat wang lancar kat kelab, maka ianya jadi pilihan. Wang jadi ukuran, hinggakan terjual identiti hijab??Arghhh bertambah pening aku.


......................................................
* 28/2/2018:
Ini adalah petikan akhbar pada hari ini


Mufti khuatir tindakan Neelofa

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan kekhuatiran tindakan selebriti, Neelofa melancarkan koleksi terbaharu hijabnya di kelab malam terkemuka, bakal membawa fenomena normalisasi dalam bertudung. Beliau berkata, disebabkan tindakan itu akan timbul persepsi apa saja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. "Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat," katanya dalam 'Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa' yang dimuat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.

Beliau berkata, tidak salah untuk Neelofa mencari kelainan dalam mempromosikan produk baharu tetapi perlu mengelakkan fitnah dan tohmahan kerana matlamat tidak menghalalkan cara. "Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan," katanya. Beliau turut berpesan kepada Neelofa untuk menghayati syariat Islam yang sebenarnya dengan bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

“Berniaga Tudung Di Tempat Yang Haram, Haramlah Jadinya” - Mufti Perak

PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan selebriti, Neelofa supaya bertaubat susulan tindakannya menganjurkan majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara pada Isnin. Malah Harussani turut menasihatkan semua pengunjung beragama Islam yang hadir pada majlis itu untuk sama-sama bertaubat kerana mendekati tempat maksiat. “Kalau dah tempat tu ada tari-menari dan kelab malam, selalunya ia adalah tempat maksiat. Maka, ia tidak seharusnya dikunjungi oleh sesiapa pun yang beragama Islam.

“Walau apapun tujuannya sama ada ia untuk berniaga atau mempromosikan barangan... tetap tidak boleh,” katanya kepada mStar Online pada Selasa. Harussani berpandangan bahawa tindakan umat Islam ‘menghidupkan’ kelab malam dengan penganjuran majlis sebagai bersubahat dengan tempat maksiat. “Haram hukumnya. Dia bersubahatlah kerana ‘menghidupkan’ kelab malam tu. Berniaga tudung di tempat yang haram, haramlah jadinya,” katanya sambil menegaskan bahawa kelab malam lazimnya merupakan tempat yang tidak baik dan mendorong kepada perbuatan maksiat. Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua umat Islam perlu berhati-hati dalam mencari sumber pendapatan yang halal.

“Saya nasihatkan supaya kita berhati-hati. Biar kita mencari nafkah secara halal, janganlah kita melibatkan dengan perkara-perkara yang melanggar syarak. “Wajib dia (Neelofa) bertaubat. Semua, siapa saja yang berada pada majlis itu di kelab malam,” kata Harussani. Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara. Malahan, wanita bertudung yang menari dengan aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa turut dikecam hebat. Menerusi sidang media pada pelancaran tersebut yang berlangsung pada Isnin malam, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29.


Kata pengacara program Meletop itu, dia tahu apa yang dilakukannya dan lokasi yang dipilih sesuai dengan tema. Tambahnya, dia perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema jika memilih tempat lain. Terdahulu, mStar Online melaporkan, langkah selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya itu di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah. Menurut pendakwah dan penulis buku, Ustaz Pahrol Mohamad, sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam. Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.


8 comments:

  1. itu lah
    alasan dia bagi kurang memuaskan
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia perlu menjawab so itulah jawapannya sebagai seorang Muslimah moden..eh silap sebagai seorang bussinesswoman. Betul atau tak jawab dulu,. Tapi dia dah mohon maaf kan..

      Delete
  2. i think she's very stylish...but that's about it... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. She is..and still but just that..

      Delete
  3. kadang2 Allah nak bagi pengajaran bila satu2 benda berlaku. dia belajar sesuatu kita pun belajar sesuatu.. btw nanti CT masukkan blog ni dalam list travel blog CT ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih . Moga blog kita lebih meriah,,Happy blogging

      Delete
  4. masa mula mula tengok nickname BTS ingatkan kpop fan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, perasan jugak ..tapi rasanya blog ni wujud dulu

      Delete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...