Wednesday 20 July 2016

2 Biji . yang ni ..biji...kali..,,mlm.. 3 kali..hari.... ml ...goncang....arghhhhhh




Apakah?
Aku baru balik amik ubat anak lelaki ..

Ya betul..hampa baca ..lebih kurang seperti yang aku dengar kat farmasi. Atau tepatnya aku pun tak pasti yang aku tulis tu ialah yang aku dengar. Memang cepat penerangan kat farmasi tu..
Bila mana dia letak ubat kat kaunter sambil dia duduk dan tak tengok muka, dia sebut arahan kat atas tu la. Sa aku pegang ubat tu saja nak tengok arahan, dia dah letak ubat seterusnya sambil laju saja "menerangkan" kat aku kaedah nak makan ubat. Habis 4 atau lima jenis ubat dia "ghaup" semua ubat masuk dalam plastik. bagi kat aku sambil ucap ..
terimakasih..

aku pun tatau samada nak ucap terima kasih kembali ka nak ucap ..sama sama.

langsung aku tak dan ( tak sempat) nak tangkap arahan makan ubat tu. Nak kata aku tak boleh baca, kenapa dia terangkan arahan.
Nak kata aku perlu paham, awat dia cakap macam bullet train?

Aku confius .. dan nak habaq bagi , ni bukanlah kali pertama..

Aku rasa aku akan lebih berasa aku sebagai pesakit ( atau ayah pesakit) yang disantuni jika depa bagi ubat semua sekali dan ucapkan:

" Ni ubat ubat ncik 4 atau 5 jenis .. semua arahan nak makan ada dilabelkan ya ..sila baca dulu ya sebelum makan.. terima kasih"  ....dan senyum.

Simple mimple.. satu line. saja.

Tak payah sebut macam robot...berapa kali itu ini..makan 3 kali la apa la
.tak buang masa dan tak dak sapa terpinga2..
waima sepuluh jenis ubat pun aku boleh baca..
cepat pun cepat..

p.s Tak semua pharmacist ya...

1 comment:

  1. Bilamana kadang kadang keje takde passion... Mcm tu lah jadinya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...