Tuesday 6 October 2015

Shout info: Bijak Wang - Penjelasan tentang 'RULE of 78"

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Rule of 78.

Acapkali kita mendengar tentang Rule 78 ni terutamanya apabila kita ingin membeli kereta, menjual kereta terpakai dan “trade in”. Ianya berkenaan dengan pinjaman dan keadah pengiraan faedah ataupun profit.  Rule 78 ni amatlah penting difahami ketika kita ingin membuat penyelesaian awal terhadap pinjaman dengan institusi kewangan terutamanya pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan.

Selalunya kita mendengar perbualan mengatakan :
”tak payah lah buat settlement sebab kereta kau ada berapa bulan saja lagi.”
“Apasal pulak?”
“Tak banyak rebat kau dapat sebab RULE of 78 . Aku tak sure macam mana tapi rugi kalau settle takkala hutang kau tinggal sikit“

Yang bagi nasihat pun tak pasti apakah RULE of 78 ni  tapi pastinya nasihat tu agak betul .

Apakah sebenarnya makhluk RULE of 78 ni.?

Yang pastinya dia bukannya makhluk. Tetapi direka cipta kaedah oleh bank-bank bila mana mereka akan memaksimakan keuntungan faedah yang dikenakan.

Ianya lebih kepada cara kaaedah pengiraan pulangan lebihan (“refund”) faedah  yang akan dipotong (rebat) apabila kita nak buat bayaran penyelesaian awal.

Refund adalah perlu kerana interest tidak dibahagikan samarata mengikut frekuensi “installment”.
Yang pastinya kita tidak mendapat rebat seperti mana yang kita jangkakan.

Pengiraan berikut mungkin boleh menjelaskan lagi pemahaman anda.
Contohnya anda membuat pinjaman selama setahun dengan bayaran installment RM1,000.00
Anda perlu membayar selama 12 bulan.( bulan 1 hingga bulan 12)

Step pertama campur jumalah bulah bulan iaitu 1+2+3 +4……10+11+12) menjadikan jumlahnya 78. Mungkin disini terma Rule of  78 terjelma!! Walaupun bukan semua temppoh pinjaman adalah 12 bulan…

Sekarang jom kira jumlah interest yang telah dicaj dan perlu ( atau telah) dibayar dalam bulan pertama.
Caranya ialah ambil bulan yang terakhir dan bahagi 78 dan didarab nilai instalment.
Bulan pertama: (12/78)x RM1000.00 = RM 153.85 faedah ( pokok RM846.15)
Bulan kedua:      (11/78) x 1000.00 = RM141.02

Nampak disitu, nilai faedah yang diambil pada setiap installment  adalah tidak seragam walaupun installment yang seragam.
 ( Perlu dingat jumlah instalment adalah berdasarkan kadar interest yang dirunding dan jumlah pinjaman)

Ianya tidak menjadi masalah jika peminjam membayar dengan berkala dengan berdisiplin dan menghabiskan term hutang tersebut. Makna kata, pada peringkat awal peminjam tersebut  kena interest banyak dan hujungnya kena sikit. Ok,, fair deal!

Jadi apa masalahnya.. ?
Apakah kesannya terhadap  peminjam yang nak buat early settlement. Jikalau RULE of 78 ni digunakan?

Kesannya ialah banyak mana rebat yang kita akan dapat..

Mari kita tengok contoh ini..


Katakan pinjaman RM12,000
Interest 10%
Pinjaman setahun.
Interest chargeable 10% x 10,000 = Rm1,200
Jumlah yang kena bayar plus interest ialah RM13,200
Installment 13,200/12bulan= RM1,100

Pada mata kasar setiap RM1,100 ini ada unsur principal iaitu  RM1,000 dan interest RM100. Simple dan staright forward.
Sekarang katakana pada bulan ke-3 peminjam ingin buat penyelesaian awal (early settlement). Berapa rebat yang beliau dapat??

Perlu diingat lagi banyak rebat lagi menguntungkan..
( *Rebat interest  = jumlah interest- interest telah dibayar)

Pada pengiraan biasa:
Interest 2 bulan x 100 =RM 200
Rebat : RM1200 – 200 =RM1000


Dengan Rule of 78
Interest yang telah dibayar ialah
Bulan Pertama>>> 12/78 x 1200 = 184.62
Bulan kedua             11/78 x 1200=  169.23
Jumalah interest telah dicaj   =   RM353.85

Rebat : 1200- 353.85 = RM846.15

Dengan Rule of 78 , rebat yang diterima menjadi sedikit. 


Sudah ada perbezaan RM154.00  (iaitu RM1000 – 846.15).

Sekian. Harap membantu persoalan kewangan anda
Moga bermanafaat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...