Assalamualaikum bloggers and readers
Apabila kita ingin membeli hartanah
perkara-perkara berikut perlu diambil kira dan seelok-elok bertanya atau
menggunakan khidmat mereka yang pakar dalam bidang.
Ini adalah kerana proses membeli hartanah boleh menjadi menjadi
agak teknikal pada ketika tertentu dan pembeli perlulah peka dengan keadaan
tersebut sebelum meneruskan urusniaga.
..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
HartaGuam ingin menasihati orang ramai agar lebih
berhati-hati dalam setiap urusniaga jual beli hartanah yang dikategorikan
berisiko.
Di antara urusniaga jual beli hartanah yang berisiko tetapi
sering dilakukan oleh masyarakat kita adalah seperti berikut:
1. Membeli rumah daripada pemaju yang tidak mempunyai lesen
pemajuan perumahan yang sah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).
2. Membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang
berasingan.
3. Membeli tanah pertanian yang mana pemilik asalnya
meninggal dunia dan belum diturun milik kepada waris.
4. Membeli rumah strata yang belum ada hakmilik strata sedangkan
pemajunya digulungkan (wound-up).
5. Membeli rumah sub-sale daripada pemilik yang mana rumah
tersebut dalam proses tindakan lelongan oleh pihak bank.
6. Membeli hartanah di bawah skim yang pelik-pelik yang
mensyaratkan pembeli menjelaskan bayaran secara tunai dan syarat lain yang
berkaitan.
7. Membeli hartanah tanpa menggunakan khidmat peguam
sedangkan hartanah tersebut masih tidak bebas daripada bebanan (not free from
all encumbrances), misalnya hartanah tersebut masih digadaikan kepada bank.
8. Membeli hartanah lelong yang ada kaveat di atasnya.
9. Membeli tanah felda atau tanah berkelompok yang mempunyai
sekatan kepentingan tanpa mendapat kebenaran pindah milik secara bertulis
daripada pihak berkuasa negeri.
10. Membeli hartanah secara sambung bayar pinjaman bank
pemilik tanpa membuat pindahmilik kepada
pembeli. – 7 Oktober, 2015.
Dipetik daripada ruangan rencana Malaysian Insider hasil tulisan:
* Salkukhairi Abd Sukor - Presiden, Persatuan Guaman
Hartanah Malaysia (HartaGuam).
uncle loan tak lepas dah.... huhuhu
ReplyDelete