Wednesday 16 January 2013

My thought: Johor DT vs Kelantan

Assalamualaikum bloggers and readers..

MAri berbicara tentang bola.. Ye lah  lelaki kan..
Kalau tak ada apa-apa entry untuk blog, cerita pasal sukan lah,,bola lah...

Mengenai Liga Super Malaysia yang baru berlangsung 3 perlawanan, nampaknya minat orang ramai telah mula meningkat. Oh pemrmainan pun nampaknya penuh semangat. Nampak menarik, mungkin kerana ketegasan FAM melaksanakan peraturan 1000 lux untuk membolehkan bermain malam.

Mungkin kerana media yang mensensasikan, Astro yang mempromosikan atau gembar-gembur tentang pembelian dan perpindahan pemain yang begitu pesat.( Johor DT)

Mungkin juga kerana kemunculan team yang bangkit dan menduduki takhta (setakat ini) dengan berharap dengan pemain tempatan ( Pahang)

Atau  mungkin kerana semangat penyokong yang begitu setia menyokong pasukan walaupun kehilangan ramai "star" (kelantan).

Ok, aku nak komen tentang perlawanan Kelantan melawan Johor DT.
Sebelum tu bila kalah dengan Pahang, ada sahabat aku buat lawak. Johor darul takzim ke Johor astaghfirullah hal 'azim   ni. Bila bintang punya ramai pun kecundang.

Malam tadi perlawan menarik. Kerana sentimen dan tradisinya bermain di Kelantan memang sentiasa menarik perhatian. Penyokong seperti biasa agak teruja dan memberikan atmosfera yang best kepada pasukan tuan rumah, namun balingan air dan benda2 tak sepatutnya hendaklah dikurangkan dan pihak stadium kenalah sediakan tong sampah bebanyak untuk depa buang bekas2 air dari membuang ketengah/ketepi padang.

Johor DT.
Jaringan cantik Guiza menyelamatkan maruah JDT buat ketika ini. Memang itulah diharapkan dari pemain yang berpengalaman seperti beliau
Tetapi pemain-pemain Johor bermain tidak satu unit. Seolah-olah hilang arah ketika menyerang waima bertahan. Bahagian tengah seolah2 tiada sumbangan.
Hanya skill individu dan kefahaman antara 2 3 pemain yang sesekali mendapat lorongan2 menarik. Kalau tidak, Mat Yo terpaksa mengelecek jauh kedalam kawasan penalti.
Mungkin pemain2 bintang ini perlau mencari sefahaman dan ambik masa untuk "gel". Kalau Fandi Ahmad tak boleh rencanakan strategi latihan yang mantap JDT mungkin berada di tangga tengah liga.
Ataupun  Fandi Ahmad bukan coach yg bagus walaupun pemain yang bagus pada zamannya.

kelantan.
Salute dan tabik untuk Kelantan, Pemain yang average tapi hasilnya menakjubkan. Bila kehendak dan kefahaman pasukan pada peringkat terbaik team yang average pun mampu pergi jauh.
Kehilangan tonggak utama akibat hijrah pun tak terasa,,,,,
Gol terbaik dari Farhan namun pemain impot macam penumpang la pulak...

Apapun , satu perlawanan yang agak hebat....

`peace!!!



1 comment:

  1. tak sempat nak tgk.huhu
    bab penonton tu tak brapa nak best sgt. tapi bab permainan ramai yg puji kelantan ada peningkatan. ok la dari tak ada kan..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...