Saturday, 26 January 2013

Sesuatu yang simple tapi penuh makna

Assalamualaikum bloggers and readers..



Baru baru ni aku balik kampung, berjumpa dengan ayah dan adik beradik yang lain. Minta doa restu sempena aku nak ke Tanah suci. Dekat nak sampai kekampung aku cadang kat Lurvy, kita buat kenduri doa selamat kat kampung ok tak. Next week tak kalut sangat, leh prepare saja..Makanya jadilah buat majlis doa selamat nun jauh di kampung
Hentian Sg Perak.

Tu intro..entry ni bukan pasal kenduri ke apa…

Tetapi sesuatu yang  mengetuk ruang hati aku. Something that might change your perception. Sesuatu yang tak tersangka pun,

Mula-mula kata nak buat kenduri maka abang, abang ipar , kakak dah offer kat rumah dia. Ok lah dengan pertolongan semua ,sehari punya plan  berjaya disempurnakan majlis.

Itu satu la….

Lagi satu,…
Yang aku terharu Lurvy datang hulur duit selepas selesai majlis, katanya orang sedekah. Kat dalam beg ada lagi tu, sambungnya.  Ni bukan pasal jumlah, tapi budaya dan adat serta keperihatinan orang kampung. Kita berjamuan kenduri untuk sedekah jariah,depa pulak yang bagi sedekah.I
Yang hulur duit ( yang awalnya hendak ditolak oleh Lurvy, namun ingatkan tak beradap pulak kalau tolak sedekah org) pun bukannya bekerja atau kerja bendang/kampung. Bukan jumlah jadi ukuran, tapi perbuatan jadi kenangan..

tulah kan….

Walaupun gesture yang biasa (agaknya)  dari mereka,  namun aku tersentuh….
Insya-Allah akan aku majukan sedekah mereka  kepada yang memerlukan di Tanah Suci nanti…
Terima kasih berbanyak atas doa dan ucapan….



p.s sometime we need something very simple in  life but sooo meaningful. It change the way we thought..

3 comments:

  1. mmg macam tu la org kampung kan. selalu bagi duit .masa sakit, masa nak pi umrah, masa meninggal pun. dah jadi amalan.

    ReplyDelete
  2. amalan macam tu mmg biasa di kampung.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...