Tuesday, 14 February 2012

Pendidikan kita gagal...????

Hari Sabtu lepas aku menghadiri satu dialog untuk ibubapa yang anak-anak berada dalam darjah 6 di sekolah anak aku.

Maka digariskanlah strategi untuk mencapai tahap peratusan tinggi dan kejayaan para pelajar termasuklah tuisyen tambahan dan sebagainya. Bagus dan ada perancanganlah sekolah tersebut.

Moga murid-murid mendapat manafaat dan sekolah dapat nama, kalau itulah yang hendak dicari. Biasanya zaman KPI dan KRA ni semua nak ada result dan "seemed to achieve something." So semua orang kena lah menghadapainya dan memungkinkan kejayaan dapat dicapai. Segenap tenaga ditumpukan kepada matlamat tersebut.

Suka tak suka, bila kita berada dalam kelompok tersebut, apabila kejayaan dinilai dengan bilangan pelajar dapat A, maka itulah yang menjadi fokus.

Cuma aku terkedu. Sangat-sangat terkedu bila keluar statistik ada 30 org tak tahu membaca. Bila ada terangan lanjut angka tu berubah, ada yang kata darjah 6 11 orang sahaja masih buta huruf, bila campur semua darjah baru jumlah mencapai 30 kot. Aku tak nak komen pasal angka jumlah sebenar. Mungkin aku masih terkedu dengan keadaan yg berlaku!!!

Cuma aku tertanya-tanya kemana tuju dan matlamat pendidikan. Apabila 30 orang masih tak tahu membaca maknanya tujuan pendidikan tak berjaya. We are losing the plot here!!
Punyalah banyak masa kat sekolah.. (6 tahun tu der). Masih ada yan tak boleh membaca??? erkk

Macam tergerak-gerak aku untuk ke depan dan mengatakan, " Para pendidik dan guru-guru yang dihormati, kalau masih ada 30 org sampai nak amik UPSR, masih tak boleh membaca, maka kita lupakan target bilangan nak capai UPSR, mari kita berdialog untuk pastikan 30 org ni boleh baca. Amat amat kelirunya kita kalau kita memikirkan pasal UPSR tetapi terdapat ada murid yang belum boleh membaca!!! Pada zaman sekarang? Saya anggap sekolah yang kita sayangi ni gagal kalau dari 140 org amik, 110 dapat 5A, tetapi masih ada 30 org tak tahu membaca"

Tapi..... aku tak kehadapan kerana aku tak mahu mengalih perhatian forum dan mungkin sesuai dalam masa mesyuarat PIBG. Akan aku dapatkan fakta dan aku akan berkomunikasi dengan guru besar. Rasanya mungkin pedas sangat statement aku dan mungkin akan mengalihkan dialog hari tu.Agenda dialog hari tu lain . Aku bertindak untuk mengutarakan dalam forum lain.. Aku gagal to " speak my mind" kerana Melayuuuuuuuuu dalam diri aku. Tapi aku akan bersuara/menyatakan pendirian aku kat sekolah tu dengan yang lebih lembut.

Tapi ....aku tertanya dalam diri aku, apakah tindakan aku mendiamkan diri antara punca gagal nya sekolah kebangsaan ( yg tertentu) berbanding sekolah Cina. Aku masih meragui kesenyapan aku hari tu...
Adussss..

P.s aku beberapa kali betulkan ejaan, ye lah dah tulis pasal pendidikan kan...

2 comments:

  1. Tula.. zaman lani bila ada student yg still buta huruf, ia sangat mengejutkan dan macam ada yg x kena dengan sistem pendidikan kita.. HUHU

    ReplyDelete
  2. 30 org yg masih buta huruf?? Boleh dikatakan sangat tinggi angka tersebut bg sebuah slh. Klu dicampur dgn sekolah lain plak? Hui..masih bnyk yg perlu diperbaiki dlm sistem pendidikan kita.

    P/s: Ikut kata my tutor, sistem pendidikan kita adalah ketinggalan antara 10-20 thn terkebelakang dr negara Singapore dan lain2 negara membangun! Sedih kan..?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...