Friday, 22 March 2024

Entahlah...

Assalamualaikum 

1.Musykil.Sangat musykil dengan suasana di Malaysia.

2.Bukan nak komen sangat pasal boikot ni. Tapi terpanggil..

3. Kerana kefahaman dan cara mengenali antara kita yang makin menipis antara satu-satu kaum.

4. Soal tersilap, terlepas pandang tu satu hal. Kemudian yang orang lain yang bukan pembekal dan bukan pekedai yang komen menambah rasa.

5. Biarlah rangkaian tu minta maaf. Memang perlu pun sebab buat silap. Aku tak kata aku boleh terima ke tak. Tapi kalau dah salah kena mintak maaf. Logik.

6. Ada sebab yang jelas kenapa orang Islam marah. Tetapi ada yang masih tak paham kenapa orang Islam marah. 

7. Dah la tak paham kemudian komen sindir-sindir. Itu yang masalahnya.

8. Jangan la macam tu , kena la paham sensitiviti sebab kita berada dibawah bendera yang sama Malaysia.

9. Nak kata tak paham pun pelik juga sebab ini kan Malaysia. Dulu2 tak dak sangat perli2 macam ni dan pantang mempersoalkan tentang agama lain. Dialog boleh tapi..entahlah sosial media memang tak terkawal. Main komen tak hengat ni yg susah.

10. Kita yang patut kawal diri, dan kita yang patut pertimbangkan yang mana baik untuk agama, negara, diri dan keluarga kita. Fikir fikirkan lah..

Friday, 15 March 2024

Ramadan kini

Assalamualaikum bloggers and readers.

Salam ramadan yang ke 4 ( atau tepatnya ramadan ke5) ketika catatan ini ditulis.

Sudah sebulan ayah meninggalkan kami semua. Doakan aku supaya istiqamah megingati ayah dan tidak lupa sedekahkan Alfatihah ketika kerinduan menjelma. Tak kira tengah drive atau bila2 sahaja yang sesuai.
Terbayang kelibat ayah di katil tidur kerana tidak berdaya untuk bangun dan sebagainya.
Meninggal pada 15/2/2024 Hari Khamis Malam Jumaat.. Selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Baiklah. Bagaimana Ramadan anda? Semoga ceria dan penuh keberkatan. Semoga tercapai azam ramadan kalian. Ada berazam nak terawih sepenuhnya. Ada yang nak meminimumkan kunjungan bazar ramadan.
Ada yang nak kurangkan berat badan.. 
Ya itu manfaat sampingan . Dengan bersederhana dan beriltizam sekuatnya, semuanya mampu dibuat.
Yang penting manfaat keberkatan dan pahala puasa kita diterima. Itu yang utama.

Hari itu aku convocation lagi. Congratulation untuk aku. Berjaya memperolehi Certified Integrity Officer dari akademi MACA. Lama dah tak convo. Feel masih sama. Teruja ,,hahahhaa


Ok la kan masih ada peristiwa konvo lagi. Bukan setakat untuk anak anak shj.

Bawa depa , Beri semangat. Walau sebesar mana kejayaan patut diraikan. Ye tak.

Ok chow dulu.. Berjumpa lagi ditulisan seterusnya.

Selamat berpuasa semua






Sunday, 7 January 2024

Putrajaya Makan Di mana: Dapoq Cikgu Presint 15

Last week Lurvy "paksarelakan" anak-anak yang duudk di kolej balik. Sebab masa ni lah untuk semua ada dan bonding time. Lagi pun agak susah sekarang ni nak berkumpul ramai-ramai.

Dan lagi satu nak celebrate birthday 2 org anak yang jatuh dalam bulan Disember.

So kami pilih Dapoq Cikgu kat presint 15 ni.
Aku siap2 pesan supaya call nak booking walaupun masa call katanya boleh walk in.

Orang ramaiiii. Sib baik booked earlier.

Ni gambaq2 masa pi survey awalnya. Kebetulan pergi beli burger dan lain-lain barang "ke burger an" dekat Ramli outlet, 

Nampak kedai ni.

Steamboat dia sedap. Seyes. Daging grillnya.. Ya kita grill sendiri , tapi perapannya perghhh..


Memmang recommended.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...