Friday, 22 March 2024

Entahlah...

Assalamualaikum 

1.Musykil.Sangat musykil dengan suasana di Malaysia.

2.Bukan nak komen sangat pasal boikot ni. Tapi terpanggil..

3. Kerana kefahaman dan cara mengenali antara kita yang makin menipis antara satu-satu kaum.

4. Soal tersilap, terlepas pandang tu satu hal. Kemudian yang orang lain yang bukan pembekal dan bukan pekedai yang komen menambah rasa.

5. Biarlah rangkaian tu minta maaf. Memang perlu pun sebab buat silap. Aku tak kata aku boleh terima ke tak. Tapi kalau dah salah kena mintak maaf. Logik.

6. Ada sebab yang jelas kenapa orang Islam marah. Tetapi ada yang masih tak paham kenapa orang Islam marah. 

7. Dah la tak paham kemudian komen sindir-sindir. Itu yang masalahnya.

8. Jangan la macam tu , kena la paham sensitiviti sebab kita berada dibawah bendera yang sama Malaysia.

9. Nak kata tak paham pun pelik juga sebab ini kan Malaysia. Dulu2 tak dak sangat perli2 macam ni dan pantang mempersoalkan tentang agama lain. Dialog boleh tapi..entahlah sosial media memang tak terkawal. Main komen tak hengat ni yg susah.

10. Kita yang patut kawal diri, dan kita yang patut pertimbangkan yang mana baik untuk agama, negara, diri dan keluarga kita. Fikir fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...