Saturday, 11 March 2023

Langkawi makan di mana: Laksa sedap sangat

Assalamualaikum bloggers and readers..


Laksa sedap.
..dan beberapa menu lagi, oh ya cendol pun ada.

Benda baik kena kongsi, cuma jgn viral tak ketahuan sudahlah. 

Orang kampung dan depa depa yang kerja kat Kuah macam ramai makan tang ni masa rehat. Macam mana tau?, taklah aku tanya, hanya tengok lanyard dan tag nama. Ada staff Perodua dan bank..Takkan pelancong dok gantung lanyard pulak, ada la tapi grup² pi Turki dan jemaah umrah nun di sana nun..pi ikut travel.memang pakai tag..senang.

Kat langkawi org hidung mcm kita² ni tak lah melancong gantung lanyard kan..

Eh..laksa,? cerita laksa...

Dekat sahaja dengan Hotel HiG. 






Lepas checkout dan beli cekelat , depa nak makan laksa.. walaupun kenyang lepas breakfast tadi,, makanya layan juga ke sana sebab nak check out hotel lagi satu memang lamabat lagi..

 Sebenarnya susah ooo nak cari laksa Kedah yg "piau" ( macam mana eja ha) kat Lembah Klang..ada kot cuma tak explore.

Lama tak pekena..

So tempatnya Kg Padang Lalang.. dlm komen sat gi letak nama penuh kedai.( kat bawah artikel ni.. comment tu kat fb)

Perghh memang sedap..
Sepinggan rm4.00
Special RM5.00.

Cucuq udang pun ada..kuah pun secukup rasa.pekat dan memikat!!

Boleh la kawan fb nak pi cuba makan.
Aku tak try bihun sup tp nampak kak depan tu tunduk layan tak tengok kiri kanan dah..wohahaha.

Bukan . Bukan jenis perati org.kebetulan. ohh dia makan bihun sup.. macam sedap ja. Eh dok hayun kayuh suap tak berenti.. hat tu saja tengok.. 5 saat tak sampai.

Eh laksa.. ok.

 Sampai kedai pukul 12.45.
Kedai "catok" kecik ja. 
(Nota :Catok = warung, kedai "pinggir pinggir". Tepi sawah, tepi jalan, tepi kedai)

Masa kami sampai, satu ja meja ada orang.  Ermm silap kedai ka ni.?

(Nota: selepas seketika, org menderu datang, sampai berlaga kerusi. Kami ni membawa rezeki ka? Rupanya waktu rehat pwjabat(

 Dah google kata sini ada laksa , tu yg pi. Bukan tanya org ka apa ka.

Pilih meja, duduk,b order lah laksa dan cucur udang,
Utk aku la cucuq udang,, ringan² la sebab kenyang kan. Sebiji singget setengah.
 Murah.. tapi kenyang dah kan. Tu order 2 biji. Buat ghaso- ghaso. 2 biji. 
Sebiji buat kotor pinggan ja..

Mai laksa, hat anak order..
mak aii pekat sedap kuahnya. 
Tanya anak.. sedap?
Sedap.

Ada pernah lagi sedap yg adik makan?
"Ada..mama masak.."

"dan..cik masak ..wa masak..makngah ..maklang dll"


Logik la kan..sib baik cekapdia jawab.
 depa kata mama depa masak lagi sedap !!.

 Sib baik dah beli coklat!!.kalau tak mesti up lagi stok. Puji takdak hasil.puji ikhlas tu.wohaha

Makna kata kalau hat kedai..tang laa lagi sedap. (Takkan mama nak masak masa travel kan...)

Boleh la mai rasa ... 
Tuan kedai pun taktau aku review ni. 

Laksa & Cucur Udang No.1 Langkawi (Warung Style)
https://maps.app.goo.gl/9mLgw7JGqvniCtMAA

3 comments:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...