Tuesday, 14 March 2023

Silicon Valley Bank: Apa cerita?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kita sembang pasal kewangan dan pasaran saham serta capital market sikit.
Sebenarnya nak cerita pasal pasaran saham sejak sehari dua ni.

Kalau korang perasan atau terbuka bahagian ekonomi, ceritanya pasal SVB atau Silicon Valley Banks kat Amerika sana nun. Tapi kesannya ( ripple) sampai ke Malaysia.

SVB ni bank ke 16 terbesar kat US. Dia ada masalah.
Bayangkan lah bank ke 16 kat US ada masalah pun boleh market jadi macam ni kat US. Jadi macam ni tu maksudnya pasaran saham jatuh.
Kat Msia ada juga kesannya. Nak nak kalau elibatkan bank.
Bank ni kira jantung ekonomi atau penunjuk aras yang sentiasa memberi kesan terhadap pasaran. Melibatkan nilai mata wang lagilah memberi kesan terhadap ekonomi sesuatu negara.

Contoh krisi yang melibatkan (bermula dengan ) bank ialah krisis sub-prime 2008.
Yang melibatkan mata wang tentulah krisis mata wang Asian 1997/1998 yang merencatkan perkembangan ekonomi Malaysia kita kebelakang sehingga bertahun tahun.

Berbalik kepada SVB ni pula ialah bank ni berkembang maju dalam 2 3 tahun kebelakan ni.
Dipacu oleh covid, bank ni banyak menerima client dari tech company.
Nama nya pun Silicon Valley Bank kan..
Tech company banyak deposit, gunakan utk urusan perbankan syarikat dll,

Bila banyak menerima deposit ( tahun 2020 : USD 60 bil, tahun lepas deposit sebanyak USD200 bil)
SVB guna untuk beli bond dan lain instrument lah kan. Ye lah takkan bank nak simpan duit tanpa dapatkan hasil dari bond. Rugi la, kalau duit tak dilabur,
 Maslaahnya bila kadar faedah naik.
Masalahnya apa? Bila interest rate naik, harga bond jatuh.
Nilai bond yang dipegang oleh bank jatuh. 
Nilai asset bank jatuh la kan berbanding liability.
Apa dia liabiliti bank? Liability bank adalah deposit pelanggan iaitu syarikat tech Silicon Valley .

Ok..kalau jatuh hold dulu kan..nanti akan naik lah kan.
Masalahnya bila syarikat tech pulak ada masalah, nak keluarkan duit dari bank. So SVB nak daoatkan cash, kena jual la bond yang murah sekarang ni.

Itu lah rentetannya. Apabila dengan kenaikan kadar faedah, yang bertujuan mengawal  inflasi. Harga bond jatuh,dan ada pihak yang tergolek. Pihak itu adalah bank. SVB.

Bila pelabur yang beli share SVB au bank tu jual bank dengan harga murah ( dibaca: rugi) maka pelabur panik. kalut jual saham SVB.. dan market pun terkesan.

BAyang kan kalau bank tu bank top 5 US..perghh kesan nya tentu lebih besar kan.

Itulah coretan hari ni.
Thank you

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...