Tuesday 28 June 2022

Jangan la kondem

Assalamualaikum bloggers and readers..

ada dua cerita/nukilan:

Cerita satu

Semalam petang bawa Along pergi ke satu tempat ni, intsitusi yang memudahkan orang Islam menunaikan rukun Islam ke 5. Sebab untuk tukar status dari penjaga ke akaun memasinglah. Sebab dah lebih 18 tahun . Akaun dewasa lah. So kalau nak withdraw ke apa ke urusan diorang memasing , tak de lah abah kena pergi juga. Kan..dah besar panjang kena lah independent, Lagipun memang kena tukar status.
 Ada kejadian pelanggan jerit-jerit kat kaunter. Wahhh , drama la pulak mamat ni. Jerit dan maki-maki lagi baqhang... 
Ish apakah isu nya pun aku tak pasti. Sebab masa dia berurusan kaunter  tu terlindung dengan partition sikit. Tetiba dengar bunyi dentuman. tak tahu lah dia hentam kaunter ke tolak cashier tu ke. Lepas tu dia ke lobi tempat orang tunggu tu, marah-marah. tak puas hati,
 Marah, maki beersilih ganti. Nasib baik dia tak pukul orang. Aku dah bersiap sedia nak tackle dan seperti aku main ragbi dulu-dulu. Erk,, aku tahu tackle je. kalau dia tak jatuh aku tak tau nak buat apa.
Kemudian datang pengawal (polis bantuan) menghampiri. Fuhh, tak perlu jadi hero. Woahahah.
Apapun, tak elok jerit-jerit maki orang, Benda boleh bincang. Jadi aku tak atau asal usul dan motif so aku takmau kata sapa salah, Yang pasti menjerit memaki tu adalah salah.
Eh yang ni selingan, yang aku nak cerita ialah kaedah nak ambil nombor. Aduyai lamanya beratur . Sebabnya, bukan amik nombor kat situ sahaja macam kaunter pertanyaan dan khidmat pelanggan. Aku rasa kena ada sistem yang baik sikit. Kalau nak tanya kena ada pegawai kat kaunter lain, yang lain tu terus sahaja diberikan nombor.

Sebab dia macam ni. Dalam barisan tu ada seorang nenek bertongkat. Masa aku sampai dia dah queue. Dalam 6 atau 7 orang depan dia. Along pulak beratur orang ke 11 ka 12 macam tu.
Aku dah kesian tengok nenek bertongkat ni. Tak pelah berapa je  orang je kot. Sat lagi giliran dia sampai.
Tetapi, ada tetapinya. Nak bergerak barisan tu amat lambat. Lama seseorang tu kat kaunter. Yelah macam aku cakap tadi, banyak urusan kat situ. Kalau jenis tanya urusan apa dan terus dia bagi nombor ok la. Tapi, entah lah.. lama la seseorang kat depan tu.
So aku kesian tengok nenek ni. Kerusi semua jenis bersambung kalau tak aku cari dan bagi dia duduk.
Orang tua yang hampir bongkok dibiar beratur. Ye aku kata hampir bongkok sebab kekadang dia berdiri tegak , tetapi bila dia support badan dia dengan tongkat dia membongkok. Aku duduk la kan sebab Along yang beratur. 
Dah la nenek ni beratur depan aku. Nak buat tak nampak tak patut. Gelisah aku dibuatnya. Simpati, kesian semua ada.
Bila orang menjerit tadi, datang la polis bantuan serta pegawai lain ke kawasan tu. Bila dah setel bab makian tu, Pegawai tu pun nak balik kot workstation dia.
Aku tetiba panggil Miss, miss. Kuat pulak aku panggil, Dah semua orang paling kat aku. Aku panggi nak suruh attend nenek ni la. Dia macam terpinga-pinga. 

Sudah, apa masalah pulak dia ni, agaknya dalam hati dia.
"Tadi dah terjerit-jerit sorang. Ni panggil aku pulak."
Aku tengok dia kaget aku bangun pergi cakap.

"Cik sorry ya, Nampak kat line ada orang tua, tak larat tu. Tapi q tu slow sangat. Tak boleh ke bagi attend atau bagi dia dulu"
"dan,, dia bukan datang dengan saya ya, Saya tak kenal. Patut miss boleh bagi keutamaan kot"

Terus dia pergi kat nenek tu dan bawa kedepan dan bagi nombor. Mungkin nak deposit atau keluar duit. Tak de pun lama kat kaunter pertanyaan sebab nak amik nombor. Then nenek tu pun duduk sambil tunggu gilirannya dipanggil. Aku rasa  nenek tu Q nak amik nombor lagi lama dari dia tunggu nak dipanggil berurusan..  


Cerita dua

La ni kan heboh pasal cerita Mat Kilau. Bila trend macam ni ada la lelaki-lelaki Malaya ni pakai tanjak la. Pergi panggung tengok sambil bertanjak. ( Nota :Aku belum pergi tengok lagi). Atau post dalam social media gambar-gambar memakai tanjak.
Dalam celah-celah ada pula yang kecam dan sindir orang memakai tanjak ni. Loh dah kenapa dok kecam-kecam ni?
Mempersoalkan kenapa kononya sekarang la nak bertanjak, kenapa  ikut trend la kan. Lepas tu ada ja kata block view dia bila pakai tanjak. dalam panggung. ( yang block view tu boleh je tegur kan, Tuhan bagi suara, boleh bincang kot. Orang Melayu kan sopan santun.) Tapi ada yang perli-perli bagai.



Aku cuba nak habaq..ooo masa cerita batman, Hampa dok pi beli baju batman kat anak. Masa Spiderman beli baju spiderman, Superman cara superman. Sampai pakai siang malam.
Bila trend cerita mat Kilau , ada orang pakai tanjak dah perli-perli. Kecam-kecam pulak.

tu ja nak tanya,, tapi bukan semua orang ya. Jangan la terasa, kalau dok beli baju spider sampai tutup muka (topeng) anak , tapi tak kecam orang lain, takpa. Khas untuk mereka yang nampak orang kita pakai warisan kita nak kecam. Tu saja. 

4 comments:

  1. Ha ah... betul... Pakai la apa pun... selagi tak langgar undang2....

    ReplyDelete
  2. Panjang lebar he hee adoii maki2 org tu paling x berkenan ,sikapp buruk betul
    Plan nk tgk.jga cerita ni mestiii kena tgk.Biasa la kan org kita memang xkan ada yg puashati.
    patutnya budaya kita org melayu tu. pakaian pahlawan dimartabatkan bknnya kondemm je kejanya

    ReplyDelete
  3. Situasi satu tu memang kesian kat mak cik pak cik yang terpaksa menunggu lama dengan tempat duduk yang terhad. Lepas tu kaunter pula bukan semua buka.

    Situasi kedua tu yang bercakap tu pandai cakap belakang je. Cuba cakap depan tuan badan tu kan senang. Tak de jadi masalah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...