Sapa yang pernah berbuka sebab tak tahan berpuasa, bukan zaman tadika tau tapi zaman belasan tahun.
Hey, aku pernah . Masa umur 13 tahun , dah sampai waktu petang dah pun , lepas asar.
Masa tu duduk asrama, Oh ya , ni puasa sunat tau, hari Isnin atau Khamis tak ingat. Bukan bulan ramadan.
Yang aku ingat masa ni kena kerahan kawad. Sempena pembukaan sukan tahunan.
So kami-kami yang junior yang kena praktis kawad. Nak dapat point exra untuk rumah. Kalau menang dapat hamper dan tambahan mata macam tu kot.
So bila dah berkawad ni, dengan panas, letih la kan. Lagipun bukan bulan Ramadhan, mana lah senior tahu yang ada org rajin puasa pulak . Aku pun jenis tak mintak excuse. Tak macho la kan..
Lagi pun benda sunat ja,,
so macam biasa lah kawad macam org tak puasa. Last2 macam nak pitam. Baru lah minta dok tepi.
Lepas tu gerak ke tempat teduh bawah sebelah hostel ada water cooler.
Betul-betul rasa pewai . arghh tak leh jadi. Terus minum kat water cooler. Tapi ni cerita puasa sunatlah,
Kalau yang wajib tu, sejak belajar2 puasa sekolah rendah, tak pernah tak habis. Semangat ooo.
Dan pernah jual ais batu lagi masa sekolah rendah..Oh kenangan..
Ok lah nak belanja juga photo2 yang diambil di Cameron Highland baru-baru ni.(dengan S22 Ultra) Kira outing nak rasmi ambik gambar bebanyak.
Ok lah kualiti dia.. Ermm, nampaknya aku punya DSLR yg aku servis baru-baru ni kena simpan balik..wohahaha..
Hari tu semangat ja nak main dslr balik. dah kira barang antik la kan D90 tu.
Nampaknya akan banyak guna hp untuk memfoto, macam biasa lah. Simpan balik DSLR..
Ni gambar2 pilihan di Cameron Highland.
Oh ya sebelum tu sahur kami, Maggi ' Jagung dan Ubi manis.. Layannn.
nak tangkap S22 tu jugak haritu..tp mcm mahal melantun toing toing harganya..so kita pilih rival dia jelah
ReplyDelete