Wednesday, 6 April 2022

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah sekian lama, walaupun tak serupa zaman kanak-kanak dulu, namum kemeriahan dan aura Ramadhan tetap dirasai,

Syukur kita ketemu lagi Ramadhan tahun ini.

Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan Kareem, Semoga kita memperolehi segala kebaikan dan keberkatan yang mengiringi bulan mulia ini dan seterusnya tetap istiqamah dalam perbuatan baik kita di masa-masa hadapan

Melihat kanak-kanak berlari riang di masjid semalam, hilang mengantuk semasa Terawih. Ya, kekadang tu bila makan semasa berbuka tidak beringat. Makan terlebih tentu lah mengantuk jadinya.


Kanak-kanak ceria bersama family mengingat kan kami zaman budak budak kecil semasa berpuasa. Yang paling best , kat kampung kan. Nampak buah semasa siang nya, semua nampak sedap, Mangga, buah jambu dan betik yang ditanam sekeliling kampung. Malam balik terawih baru kait makan. Tu pun kalau suluh nampak. Gelap kann.


Dan cerita 1 Ramadhan kami di Cameron Highland pulak. Bersahur di Rumah Penginapan Persekutuan lah sebab masa book tak semak tarikh. Tapi ok je kan aktiviti macam biasa. Terawih anak beranak di resort. 
Esoknya, sebelah pagi ahad, memang tak ramai org. Pergi Sg Palas shopping teh, dan banyak ruang baru dibina di cafe atas sana. Dah banyak gak berubah

.

Ye lah kan paling kurang 2 tahun tak pergi, kan PKP.
 Sebelum sebelum tu tak ingat last pergi bila. 2017 atau 2018.

Selamat menghayati ramadan al mubarak semua dan jaga diri!


1 comment:

  1. salam raamdhan...
    wow first day puasa kat tempat sejuk.. ok laa!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...