Wednesday 23 June 2021

Hasil usaha tanpa jemu..

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah ketemu lagi..

Euro 2021 masih hangat berlangsung my favourite team is Belgium. Walaupun macam tu ada sedikit soft spot untuk Turki namun gagal melepasi peringkat kumpulan. Next team utk diperhatikan ialah Italy, satu team yang telah bangkit setelah kecewa dalam worldcup 2018. Rasanya boleh pergi jauh.

Dan another team yang mungkin ada peluang untuk jadi johan ialah German. 
England? Hmm macam tu lah ,Agak gempak ceritanya sebab kita agak familiar dengan pemainnya, namun peringkat Eropah ni aku diskaun sikit team ni. The best setakat semi final..

So tak leh lah ulas pilih semua team kan sebab peringkat ni dah tak banyak team lepas. kalau teka semua team dan ulas mesti betul lah satu.. Stop pasal ulasan team. Tunggu dan lihat ja..
Team aku wish (jahatnya..) untuk tak pergi jauh walau depa kuat ialah Portugal, Hahahaha.


So harini masuk ofis. Alhamdulillah ada few meetings and progress baik semuanya.
Dan ramai juga yang berselisih setelah lama tak jumpa. Ya lah datang pun  ofis pun, dok diam2 tempat kerja, Mana boleh jumpa orang.. SOP perlu dijaga.

Teguran ceria yang best, kata aku dah kurus. Katanya nampak sangat..Nampak muda macam bujang dulu sbb kurus.

Hahaha..make my day!! 
Mungkin sebab aku banyak jogging kot. Sapa kat tak dak kesan. Memang berkesan dan awet muda...wohahahhaaa
.
Takde lah.. tak baik menerima pujian sedemikian kan.. Kita patut bersyukur diberi kesihatan yang baik.

Esok appointment dos pertama. Semoga dipermudahkan..
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...