Friday, 2 August 2019

Dapat diskaun 3o ribu.semua ada hikmahnya.

Alhamdulillah, dalam pencarian membeli rumah apartment, dapatlah satu unityang berkenan. Masih peringkat persetujuan.

 . Tu lah, segala yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam pencarian apartment sebagai menambah portfolio hartanah..Sabtu lepas dengan segeranya pergi melihat satu unit setelah ditemujanjikan.

Harganya RM240k.

Ok lah tengok unit dulu. Macam ok ja price. Try to nego melalui ajen hartanah, dia pun kata owner ni memang nak harga tu. No less. Walaupun seribu. Baiklah, rumah dia , dia nak jual berapa harga kita kena respect.

At least try to ask lower.

Bincang dengan Lurvy, gedebuk gedebak.

Ok. Lurvy kata boleh, untuk investment atau untuk anak-anak duduk nanti. Yo lah , anak kan tujuh orang.

Esok nya bayar 3% . then ask agent utk  proses pembelian tu. Letter of offer to purchase kami dah sign, tunggu owner sign pulak.

Tunggu punya tunggu, owner tak jadi jual.

Huyoo. Kenapa iklankan.. ? orng dah agree walaupun tak kurang kan harga, boleh tak jadi jual pulak.

Mengabihkan masa den ajo. Pergi tengok rumah. Kalau tau tak mo jual tak yah la iklan, Apapun itu dia punya hal. Sudahnya kami pulak tunggu refund dari ejen. Folk..nak bayar ke ejen kita bayar online, la la tu jugak. Tapi bila nak refund memacam proses lah.. Hantar office lah. Boss sign lah..

Hermmm ..sabo je lah.

Any way bukan salah ejen. Dia cakap mintak maaflah owner mcm ni.
Aku pun message dia." Its ok. Kamu dah buat yang terbaik . Ada hikmat semuanya. Owner tu lah. Tak nak jual takperlulah lantik you jadi ejen, Tak pe ade rezeki kita orang akan dapat yang lagi ok"


dan benarlah, esok nya ada unit baru di offer .

Malam pergi tengok. Nego and owner agree pada harga RM210k. Alhamdulillah. Moga pembelian diberkati dan mendatangkan kebaikan.


Jadi pengajarannya: Jangan lah disesali benda yang lepas dan bukan milik kita. Akan ada rezeki yang lebih baik lagi. Sentiasa berusaha dan ber redha lah.



Dan minggu lepas juga ada juga kitaorang book satu aprtment araound KLCC at price RM800k.After diskaun kuranglah RM700k something. Nice location and in Sya Allah moga dipermudahkan urusan loan dah lain-lain. Nanti cerita lagi bab ni ye. Stay tune.



Oh ya. Pada aku now sesiapa nak beli property bolehlah start shop around. Buyer market! dan please, no rush dalam buat keputusan sbb ianya investment yang besar. Good luck guys.


1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...