Monday, 17 June 2019

REVIEW DYSON V8 FLUFFY : Cordless vacuum cleaner

Assalamualaikum bloggers and readers..



Special Review : Dyson Vacuum Cleaner.

James Dyson ialah satu nama yang tersohor dalam bidang invention atau reka cipta.
Setelah aku terbaca kisah majalah, aku pun teringin nak kenal atau guna product rekaan dia ni.
Mutakhir tentang syarikat dia ni, dia pindahkan ke Singapura. Dari UK dia ber HQ di Asia. Mungkin atas sebab strategic ataupun kewangan ( low cost labour, low tax?) aku tak pasti.






DESIGN YANG MENARIK.



Aku yang memang target nak hadiahkan satu  vacuum yang baru utk Lurvy dan tentunya untuk kegunaan di rumah. Dan teringatlah Brand Dyson. Tambahan pula ada package bundle raya. Vacuum V8 Fluffy dan penapis udara ( Tower Fan).

Ok lah nampak menarik. Lagipun nak raya, nanti lah aku beli selepas bercuti lebaran di kampong. Sebenarnya hadiah ni pun anniversary kami berdua. Tak perlulah tergesa-gesa.

Lepas raya, buka website Dyson.my. Alamak, notisnya we will back soon untuk yang "bundle" package ni. 

Sudah!! Memang dah habis ke macam mana ni. Tunggu dua tiga hari . Bukak laman web, masih lagi status sama. Akhirnya check store yang mana ada jual. Call few places, habis stok, laku keras. Akhirnya kat Harvey Norman aku temui. Terus COD. Tapau.

SENANG KENDALI.

Memang special betul Dyson ni. Dengan rekaan ergonomic. Rasa ringan saja nak vacuum dalam rumah. Anak-anak pun suka. Boleh lah ayah bonda releks, Paling bermanafaat, aku senang nak vacuum kotoran dalam kereta.  Bersihhh..

Sedutan yang baik. Accessory yang disertakan banyak membantu utuk kerja-kerja  di celah-celah ruang kecil menjadikan setiap RM yang dibelanjakan berbaloi-baloi.


Beteri yang pula boleh bertahan selama 40 minit untuk penggunaan biasa dan 10 minit untuk tahap "max". Setakat aku beli ni tak pernah guna dari bateri full sampai habis, tetapi setakat masa aku vacum tu tak lah kehabisan bateri. Mungkin aku vacuum sekejap-sekejap.. Wohahahah. atau kerja cepat siap.

GALERI







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...