Jumaat, 15/3/2019
Ketika diri ini dah bersedia untuk pergi ke masjid untuk
solat Jumaat, masuk whatapps bertalu dari pelbagai grup tentang tragedi
berdarah di Masjid AnNoor di Christchurh, New Zealand. Tempat yang nuuunn di
hujung dunia, negara yang menjadi kunjungan ribuan pelancong dari Malaysia
saban tahun, yang rasanya tak mungkin kejadian ini boleh berlaku.
Hadir seorang terrorist berpaksikan neo-nazi, mengaplikasi
teknologi internet dan senjata pemusnah rekaan manusia juga: senapang atau
rifle, memaparkan kekejaman untuk disaksikan seluruh dunia.
Dia merasakan dia hebat, mulia dan gagah dalam melakukan
kemusnahan.
Dia telah menumpahkan darah di tempat suci, merobek hati–hati
orang yang tersayang.
Mangsa-mangsa yang hadir ke rumah Allah dalam pengabdian yang
dituntut, akhirnya terus diberi
penghormatan untuk ke Jannah.. In Sya Allah.
Sesungguhnya pengganas tersebut berasa begitu hebat, tetapi
dia tidak pernah tahu yang dia akan mati satu hari nanti, dan dia mungkin tak
pernah mahu tahu. Orang yang hina, begitu sifatnya.
Dan sebenarnya tidak pernah tahu, orang Islam sememangnya
mahu mati dalam menuju jalan Allah, dalam perjalanan ke Masjid , dalam keadaan
bersolat, dalam masjid …semua itu kematian terbaik. Beruntunglah mereka…
Arghh masakan pengganas itu tahu..
Dalam pada itu setiap musibah tentunya mendatangkan
kesedihan , kepiluan bagi orang yg ditinggal. Tentunya akan berasa kehilangan,
kami yang jauh beribu batu pun tersentak mendengarnya. Apatah lagi mereka yang
hilang tempat bergantung, mereka yang kehilangan suami , anak, isteri.. S
alam takziah, redhalah dengan kehilangan itu. Moga Allah membalasi
dengan yang lebih baik, tak dapat di dunia, di akhirat nanti.
Aku selalunya men”delay” coretan dalam hal sebegini. Kalau
aku bereaksi dan terus mengecam, itu sudah emosi, Aku akan ambil masa ( sebenarnya
masa boleh merubat hati yang marah dan kecewa) dan hadam semua kajadian itu … kerana Akhir zaman
ini amat getir, penuh dengan tipu daya dan fitnah.
Lihat sahaja umat Islam di China, Kashmir, Myanmar, bahkan
Sri Lanka. Juga dinegara Islam, di Syria pun umat Islam dibantai dengan pesawat
yang hebat, yang jatuhkan bom.
Itulah suasana sekarang…
Salam takziah kepada lebih 50 keluarga mangsa pengganas di
New Zealand
.... and salute to #eggboy
dugaan buat warga Muslims di NZ. dan CT yakin terkesan dalam hati kita semua. semoga semuanya sentiasa dilindungi olehNya dimana saja kita berada.
ReplyDeleteSyahid buat mereka yang terkorban.
ReplyDeleteIn Sya Allah.