Wednesday, 4 April 2018

Anugerah Terindah

Assalamualaikum bloggers and readers..


Anugerah terindah. satu ungkapan yang kita nak ucapkan, nak luahkan dengan sepenuh hati. Nak dakap anugerah tersebut hingga ke akhirnya.

Mungkin antara kita msih menantikan anugerah tersebut. Mungkin sekarang yang yang ada adalah indah belaka namun belum mencapai yang terindah lagi.
Siti, nama yang tersohor memenangi anugerah bermacam jenis, saban tahun, dari yang sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Hidup disulami anugerah, anugerah Ilahi dengan suara yang merdu, dengan sifat yang ayu dan menjaga penampilan. Anugerah keluarga yang memahami, suami yang menyokong.
Namun aku terkesima bila meraikan anugaerah yang terbaru, Siti Aafiyah.

Anugerah terindah baginya...


Ada juga cakap-cakap bawang  dan halia yang mengatakan dalam banyak banayk kelebihan mungkin Allah nak uji dia dan keluarga tentang Zuriat.
Mungkin dia ada kelebihan dalam nyanyian tapi mungkin tiada anak.
Namun janji Allah pasti!
Mohonlah dan usaha lah, in Sha Allah akan ditunaikan..
dan beliau gigih berusaha dan telah berjaya.

sesungguhnya kita mengerti anugerah terindah dalam peringkat peringkat.

MAsa budak adalah anugerah terindah, masa remaja anugerah terindah...

Isteri atau suami adalah anugerah terindah.
Anak anak penyejuk mata adalah anugerah terindah.
Masa bersama keluarga anugerah terindah.
Usia yang meningkat adalah anugerah yang terindah.
Kematian dan pernghujung  yang terindah adalah sebenar-benarnya Anugerah Terindah.

Hidup dan gembiralah dalam menggembirakan orang lain....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...