Sedih, belas, marah, geram dan redha.
Semuanya
bercampur baur.
Memang
betul. Kita tak boleh melawan takdir . Semua itu ketetapanNYa. PerancanganNYA.
Kita manusia
biasa mengatakan memang takdir. Bagi bahu yang memikul, adakah semudah itu.
Bagi kita
yang tidak diuji pun mengatakan, beratnya mata memandang.
Apatah lagi keluarga mereka yang memikul…………
Maaf agak
emosi sikit. Tetapi adakah ibu bapa akan menghantar anak anak ke pusat
pengajian jika tahu ini kesudahannya.
Memang tak
siapa akan tahu akan musibah kebakaran. Sebab benda di masa hadapan hanya Allah
yang mengetahui..
Belum tahu
lagi puncanya pun . Cuma aku empathy dan simpati dan “my though with their family”.
Semuanya
kemudahan perlu mematuhi spesifikasi tertentu.
Ya Allah..
Siapa bertanggungjawab tolonglah pasti
keselamatan dan kejadian kebakaran begini tidak berlaku.
Jangan biasa
menyalahkan takdir jika itu kelalaian kita. Cukup cukup lah ..
Entahlah,, aku
tidak mahu menunding jari…….
Namun sampai bila???
Namun sampai bila???
Salam Takziah kepada semua pelajar tahfiz yang meninggal
dunia pagi tadi dan juga kakitangan maktab tersebut. Semoga ahli keluarga tabah..
Ku nukilkan sajak dalam sebak:
Ku nukilkan sajak dalam sebak:
DAN KAMU TAK AKAN TERBAKAR LAGI…
Dinihari yang hening..
Nyawa anak kecil dijemput Ilahi
Riuh pekik mohon pertolongan.
Panik dan hampa. Bara menerjah tanpa belas
Kamar melepas lelah menjadi penjara api.
Dek mereka yang alpa dan tiada berbudi bicara..
Hati dan jiwa putih
dan suci ..
Mengadap Sang Pencipta menjelang fajar hari.
Redha lah… tenanglah wahai anak-anak
Biar jasad mu hitam dilitup asap.
Ketahuilah , jiwa mu putih, rohmu mewangi.
Doa kami , moga kamu tidak terbakar lagi.
Kerna di Jannah tempatmu abadi.. in Sha Allah.
Anak anak…
Nasib kami di sini sebenarnya tidak pasti.
Bagaima kesudahan nanti..
Ya Allah ,damaikanlah roh-roh mereka yang mengadapMU.
Tempatkanlah bersama orang yang beriman, para syuhadak, para
anbia..
Dan matikanlah kami di hari muka dalam Husnul Khatimah..
Amin Ya Rabb.
AlFatihah…
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again