Thursday 21 September 2017

Lebah dan Cameron Highland

Sebelum  ni ada lebah menghinggapi pintu stor luar rumah. Ingatkan di situ ( kawasan pintu ) sahaja.

Sekali balik kerja rajin check dalam stor ada ternampak sarangnya.  PErghh , banyak juga lebah .

Apa pun , kata orang tua tua , kalau lebah bersarang di rumah maknanya murah rezeki.
Namun kita kena berusaha juga . Mesti bekerja keras..

Jgn dok harap lebah singgah saja, mungkin itu sebagai perlambangan orang tua-tua...

 dan doa jangan dilupa.

Teringat lebah, terimbau pulak kenangan baru-baru ni pergi Cameron Highland. Rupanya sudah 7 atau 8 tahun tidak ke sana.



View yang sentiasa menarik bagi aku..





Yummyyy..






Cepat sungguh  masa berlalu. Seronok bila anak anak ingat detik kunjungan dulu. Yang kecik sure blur blur sebab tak ingat kenangan kat situ. Kekadang kita overlook tempat-tempat yang menarik untuk kita lawati di Malaysia. Sedar tak sedar dah bertahun tahun tak sampai.

Anyway, tempat yang pertama pergi ialah ladang lebah, kebetulan, Tertarik pulak dgn madu madu.oppps.. 

Sebenarnya tertarik dengan penternakan lebah . Macam senang saja. Tak perlu beri makan. Lebah- lebah keluar pepagi dan petang , balik ke sarang. Tak macam kambing, kena ada kandang besar dan kena bagi makan rumput kan.. 

Ermm macan menarik pulak idea menternak lebah ni semasa menaip ni.

Isteri pulak suka madu.. (Adoi..! Eh..jangan cubit).
Silap. Suka minum madu lah .
Ok dalam dok berangan nak madu tu ( eh..ternakan lebah – rupanya lurvy masih dok kat belakang—adoi doi, kena cubit lagi), lebah datang ke rumah.

Selalunya benda yang kita suka dan inginkan tu Allah  hantarkan. Benda yang baik baik lah.
Cuma, aku tak berani nak biarkan sarang berpanjangan kat umah aku. Sebab tiada kepakaran untuk menjaga serta factor keselamatan. Aku akan halau secepat mungkin. Sebelum dia buat madu.
Taklah  aku dikatakan..” habis madu , lebah dihalaukan”. Kesian lebah.

Ok cukup pasal lebah. Back to Cameroonnn. Eh Cameron Highland. Cameroon terletak kat Afrika ya.

Ha-'aa ya kenapa nama mat saleh ni tak ditukar kepada nama Malaysian ya??? Masih guna nama Cameron Highland.huhuhu

 Selepas pergi ke Bee Farm kami ke Boh Plantation. Gaduh lagi dgn Lurvy sebab setahu aku dekat Sg Palas ja ada Ladang Boh, rupanya aku salah juga. Ada lagi satu rupanya.. Hmmm…
“Ok ok lepas ni abg drive ja” Aku mengalah.
“Tunjuk jalan kita nak pi…”
Lurvy ni kalau jalan dia memang ingat. Jenis lalu sekali saja dah ingat.
Aku pulak, harap applikasi wave yang banyaknya.

Pi Cameron ..enjoy scenery. Minum The kat Sg Palas then zoom balik Kedah. Short and simple.


Minmin tanya kenapa cakap tak keluar asap..Hamboii ingat kat Jepun ke Minmin..


1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...