Saturday 31 December 2016

Aku tak akan daki Bukit Broga lagi.... Inilah yang terakhir!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..



Kali terakhir daki Broga..

Memang benar aku tak akan mendaki Broga lagi.. Itulah kali terakhir. Tadi ..pukul 8 pagi ..


Syok tengok dua beradik berborak

Peneman yang aktif



Gaduh pun kuat juga..sembang kemain

Balik dari Broga aku terus ke hospital buat Physioterhapy. Tangan aku masih lagi tak baik. Punya lah kena pulas dan diurut, ditekan-tekan bahu aku.
Telah berbulan stop main badminton dan squash. Doktor suruh rehat lagi  6 minggu. Dia beri last warning yang terakhir last week.  6 minggu. Yeazza , maknanya minggu ni tinggal lagi 5 minggu. Pergh membilang hari tu..

Berbalik kepada Broga.

Memang tak mau panjat dah..sebabnya:

                Ramai orang. Sampah banyak
Dengan ramai orang, dengan sekarang dikenakan caj. 
Atas tu sampah dibuang.  Banyak sampah terutama botol botol air.

Sudah dikenakan caj?

Oh ya caj seringgit sorang pendaki juga dikenakan sekarang ini. Ramai mengeluh . Entah tetiba ada tol kata sukarelawan. Sebabnya ada org beli tanah sedikit yang menjadi laluan pendakian. Singgit ja bro.. haiyaa. Kalau aku sefamily.
Entah dia hak dan kebenaran sapa la pulak.

  End of 2016

Riadah aku lately hanya dengan mendaki, sebab tangan injured. 
Berakhir tahun 2016 dengan sakit dan sakit. Tak pernah2 MC tahun ni tetiba kena denggi. Bukan nak mendabik dada tak MC, semua tu anugerah Allah. 

Tetapi kalau tak sakit taklah kita akan merasai nikmat sihat. Maka aku diuji ( sebab Allah sayang hambaNya) dengan demam denggi. 

 Bak kata Shamsul “ Kau ingat kau siapa?”. Terus MC berhari hari!!

Tiada yang boleh merancang sebaik-baik Allah. Maka hujung-hujung tahun aku sakit muscle tangan . Kena MRI dan kena jumpa physioteraphist. Udayai dia rengkuh tangan macam betulkan wayar yang bereselirat agaknya.
Mana tempat dia sentuh aku sakit. Sakit bukan kepalang oiiii. Aku tahan je sakit tu , lagi dia kuatkan lagi. Terangkat terangkat juga kaki.

 Ingat aku tak sakit kot. 

Terfikir juga dalam hati, Adakah aku perlu menjerit baru dia tahu aku sakit?  Tahan je lah. Aku memang camtu, tak tunjuk emosi walaupun nak menitik air mata menahan kesakitan.
Denggi 10 hari aku cuti. Kesan masih terasa. Badan masih lemah. So nak kembalikan fitness cara mudah, hiking Broga.

Dan memang aku takkan daki Gunung Broga lagi TAHUN 2016 ini. Akan diteruskan lagi masa depan 2017. Kalau umur panjang..

Orang sangat ramai?

Memang best kalau orang ramai.. lagi la meriah. Membuat anak2 bersemangat.

Caj?

Mana ada free dah zaman materialistic ni kan. Kena la bayar. Parking dan caj masuk. Semua orang nak niaga juga. So kena hadapi lah.
Dikala entry ini ditaip pun dapat message minyak naik 15sen seliter untuk ron95. So  inilah dunia kita hidup zaman la ni.

Banyak sampah.?
Boleh la. Tapi mentality rakyat Malaysia akan berubah. Seyesly ada hope di sini. Hari tu aku tengok ada 2 orang dok kutip sampah bawa turun.
Tadi aku pun buat.. setakat muat beg galas kecik aku.N nanti aku harap orang lain terutama anak2 aku pun ikut aku buat . Orang lain tu maksud aku budak budak muda yang buang botol depa sebelah aku!!!

Kesimpulan > MEMANG KALI TERAKHIR AKU PANJAT BROGA DAN TAKKAN PANJAT LAGI DAH..untuk tahun 2016. Last tahun ni sebab nanti dah masuk 2017.. wohahaha

Physio tu memang dah buat appointment. Outward rotation bahu dan lengan aku yang terhad dan stiff muscle buat kan pergerakan aku ada sedikit masalah...dan kena lupakan badminton dan squash untuk beberapa waktu.
..... Kena sabar, kan separuh dari imannn

Jumpa lagi di tahun 2017.



1 comment:

  1. Tempat cantik lepas dah viral macam tu la jadinya...akibat sikap segelintir yang tak bertanggungjawab.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...