Tuesday 8 March 2016

KEMBARA EROPAH 10 Hari: Bagaimana memulakan perancangan? Ini cara aku..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kembara di Eropah merangkumi banyak negara. 

Dan Eropah terbahagi kepada dua bahagian iaitu  Western Europe dan Eastern Europe.

Dimanakah rancangan kembara anda ? Samada  Western atau Eastern? Atau kedua-duanya?

Memang agak susah untuk memulakan perancangan perjalanan Pengembaraan ke Eropah. Ini belum peringkat pengembaraan, baru peringkat perancangan. Ada yang merancang bertahun. Ada yang berbulan-bulan .

Soalan yang timbul ialah dimanakah trip akan bermula. Yang pastinya kita perlu bermula di satu–satu kota/bandar.

Walaupun belum sampai kesana, aku nak kongsi  peringkat perancangan aku setakat ini . Aku perlu merancang dalamtempoh  masa tak sampai 3 bulan ni sahaja.

 Biasalah, spontanoues traveller!!. Aku kalau merancang lelama sangat selalunya tak jadi. Jenis grab bag, beli tiket, jom! Itu lah style aku.. Nak nak kali ni travell berdua ,, lagi senang nak decide.

Ini pun baru last week terdetik nak pi Europe . ( setakat artikel ini ditulis, tiket dah dibeli)

Banyak factor mempengaruhi perncangan perjalanan kembara

   Tarikh perjalanan:

Masa perjalanan akan menentukan harga tiket dan seterusnya akan merubah budget anda. Contohnya pada waktu peak harga tinket melonjak dengan ketara sekali berbanding waktu bukan puncak. Namun jika anda terpaksa bertolak juga pada tarikh tertentu disebabkan hanya pada masa itulah cuti yang anda maka factor ini tidak boleh diambil kira. Walaubagaimanapun anjakkan sehari atau dua hari boleh menjimatkan tiket sehingga RM1000.

Kalau tarikh tidak menjadi kekangan anda boleh mulakan perancangan anda dengan tarikh dan tempat perjalanan yang anda “landing”.

 Tempoh kembara:

Ada yang merancang kembara mengikut tempoh. Contohnya anda hanya berhajat kembara  7 mlm atau 11 mlm.. maka perjalanan anda bergantung kepada kepada factor ini.

Budget 

Ini boleh dikatakan factor utama. Kalau budget unlimited sudah jadi cerita lain.
Budget adalah adalah berkaitan dengan factor diatas. Jika tiada kekangan budget maka senang anda bermula dengan memilih tarikh dan destinasi.

Cuba dapatkan budget dari kenkawan dan selaraskan dengan perkembangan matawang terkini serta caj2 yang mungkin dikenakan pada masa kini. Perlu diingat! Budget dahulu mungkin tidak sesuai dengan keadaan ketika ini.


Contoh budget kenkawan:
Ini adalah contoh sebenar budget kenkawan. Ambil dan sesuaikan dengan faktor semasa. Jika beliau hanya habis RM 16,000 untuk 2 orang  untuk 18 hari tentu kita boleh melakukannya jika hanya 10 atau 11 hari. Malah mungkin lebih jauh lebih rendah.


Cara aku:  Optimumkan semua.


Cara aku ialah garapkan semua factor  dan seimbangkan semua factor diatas , kerana aku perlu start somewhere.. So aku lihat big picture dulu..

Detail nya datang kemudian.

Langkah 1

Secara amnya inilah ini yang perkara yang dipertimbangkan:

1.Where? Western Europe.
2.Negara? France, Belgium, Holland, German , Swiss.UK.  Land kat mana-mana airport pun tak kisah sbb akan cover juga nanti.

 Faktor yang tetap ialah:
o   tarikh percutian.
o   Tempoh 14 hari maksimum
o   Budget RMXXXX
Contohnya  aku akan bercuti pada 1 Mei hingga 14 mei. Makanya tempoh masa adalah  14 hari yang mana aku perlu optimumkan sesuai dengan budget.

Langkah 2

Buat draf itenary walaupun aku tak beli tiket lagi.. Ia adalah sebagai satu guide ataupun visi dimana tempat yang ingin anda kunjungi dalam tempoh masa tersebut.  Hanya masukkan bandar besar dulu. Oleh kerana aku merancang untuk memandu maka ambil jarak antara bandar- bandar tersebut.

Dengan cara ini aku boleh anggarkan masa dan jarak yang perlu ditempohi.Dalam pada itu aku sentiasa mengingati yang aku tak semestinya landing di kota yang aku rancang, pada saat ini.

Berikut adalah gambaran itenary aku:

Draf itenary yang pertama



Langkah 3.
Beli tiket!  Aku search dan search tiket yang murah/ berpatutan . Kemana? Kemana-mana sahaja bandar yang aku nak pergi mengikut itenary imiginasi aku.

Kalau murah Brusell aku akan turun Brusell. Kalau Frankfurt paling murah aku akan pergi kesitu dan start dari situ.
Yang penting aku akan grab tiket mengikut tarik dan masa aku nak pulang. Cari return tiket lagi murah. Atau pun search multy city. Asal kan tiap-tiap satu city di dalam itenary anda. Mungkin pelik kan tapi itu yang aku buat.


Itulah peringkat perancangan aku setakat ini. Kenapa cara aku begini?

Sebab tiada satu itenary yang fix dan ianya mengikut keadaan dan budget . JAdi, google tempat2 yang anak di cover dan kalau budget tak cukup , nanti aku akan skip ( dalam perancangan yang detail). Simple as that. 

Tak mo pening-pening nak cover semua, takut letih dan sebagai. KAlau ada rezeki plan lagi next trip. Sebenarnya, kena ingatkan dalam hati yang kita semua ada limitation dari segi masa dan sebagainya, termasuklah budget!

 So be happy dan jangan ralat kalau terpaksa skip sesetengah city.. Let it go...
KAlau kena skip , skip je lah..simple as that.

Yang penting start somewhere...




..bersambung







1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...