Thursday 17 March 2016

KEMBARA EROPAH : Perancangan 10 Hari jadi 12 hari

Assalamualaikum bloggers and readers..

Agak lama tak buka fb dan blog ni..

 Seperti yang aku bicarakan dalam entry sebelum ni. First thing first, grab tiket dulu. Baru lah tahu mana nak start. Sambil sambil tu baca blog-blog pasal macam mana depa buat. Kiranya tak dak satu itenary yang tetap. Nak kata pi kot ni dulu ka, pusing sini ka,, tarak. Cumanya kena garap semua sekali dan sesuaikan dengan masa dan budget kita.
Ni isu kalau nak kembara itenanry sendiri , kalau ikut travel agency ka, kelana konvoi ka, memang laluan dah tetap.

Rancang dan rancang

Kata orang " if you fail to plan , you are planning to fail" Maknanya kalau kita tak merancang, maka kita merancang untuk gagal". Jadi apa pun kita buat kita kena merancang tapi kena ingat yang Allah lagi Maha Merancang.

Oleh kerana rancangan kita tak sempurna, maklumlah baharu, maka kena ada kontigency planning.

Kat mana rancangan permulaan kembara di Eropah ni?

 Aku scan tiket, cari punya cari, dapat lah tiket multi-city dengan harga RM2600.00 pergi balik. Dari perancanagan sebelum ni nak ke Manchester (City, heheh), jadinya ke Paris dulu.  Balik pula dari Heathrow London.

Oman Air. Beli sebelum Matta fair lagi. Dah blei jgn dok search harga lagi. Done!!



Return trip:
KUL>MUS>CDG
LHR>MUS>KUL

Alhamdulillah tiket pun dah ditempah untuk dua orang. Kosnya Rm5200. Done!!. Boleh tick bahagian tiket.

First step yang lagi first lupa nak habaq. Make sure cuti tu ada. Kemudian macam aku kena pastikan anak2 kat umah taken care off. Itu amat penting. Nanti jiwa kacau kat tempah orang.

So kedua2 bab tu dah clear, Maka beli tiket. Lagi tak beli lagi tu tak boleh start plan.



Back to drawing board.

Jadi sekarang ni senang dah, mula kat Paris.
Kemudian bulatkan city yang nak pi.
Aku pun masukkan Paris,Brussel, Amsterdam, Frankfurt.Luncerne Bern, Nice ..Luxemborg dan Brussel semula.
Kemudian Manchester dan seterusnya London.


Ini route aku yang optimum..peringkat perancangan la


 Penting sampai airport LHR hari nak return  ke KUL semula. Yang lain semua boleh ejas. Detailnya akan come into place..
Lagipun tu saja boleh pusing. Nak lajak ke Venice Milan ka jauhhh sangat .. sat gi takdan nak pusing balik. Jadi agak agak lah ye. Penat nanti nak enjoy tempat orang pun tak boleh. Sapa yg rugi.

Nak travel dengan apa.?

Ni persoalan yang penting.

Aku ni jenis suka drive dan enjoy roadtrip. Lagi satu nak berhenti ka nak ubah laluan ka senang. Memang flexible kalau drive.Dok baca blog pun macam best saja drive. Tapi ada pro dan cons .

Kata orang naik train lagi enjoy. Maybe. Aku tak boleh kata sebab tak sampai lagi pun. Kali ni aku pilih drive.

Dan next step ialah book kereta. Dah habis timbang-timbang mana jenis pengangkutan yang sesuai dan aku nekadkan hati aku nak drive,, yep berdua dengan Lurvy. Maka kereta pun aku dah book.

Banyak syarikat rental kereta ni. Aku pilih Eurocar. Amik kereta auto.  Nak travel dengan gear manual jarak 2000km rasanya tak mampu. Buat penat kot. Rasanya lah. Tahap jem kat sana aku tatau. Mungkin tahap cipan mungkin laju macam cheetah!

Kalau tak jem tak per. Kalau jem macam Jalan Ampang jugak, naya weh. Biaq amik auto dengan tambahan harga.

Kemudian draf laluan dan jarak perjalanan. Katakan maximum boleh travel 5 atau 6 jam. Pastikan plan penginapan, seusai 6 jam perjalanan. Tak lah kelamkabut nanti. walaupun boleh ja pusing town cari hotel, tapi uish .. bukannya familiar macam Aloq Staq!!

Review plan.
Setelah draf yang main city siap. Review.! Aku pun bincang dengan Lurvy.
Aku pun tunjuklah itenari yang tak siap.

Aku kata gini. Kita pergi sini naik itu ini.
Lurvy kata gitu.
Aku kata gini
Aku kata gini gini lagi.
Lurvy diam.
Aku kata lagi gini gini gini
Dia diam.

( aku yang cakap banyak rupanya)

Then aku diam. Terpikiaq.. Aku nak review ka nak impose plan aku..
Erk..

Last last dua dua diam.
..dan tidor.!

Esok wassap masuk " Abang maintain je plan abg. Takyah tukar...." Aduyai

Maka aku review balik sambil amik Lurvy punya input. Adoii.. boleh jadi isu, Tapi bahas mesra la.. walaupun aku yang banyak cakap..wohahaha.

Basically time allocated utk shopping lah yang kena review.

P.s
(Shout to myself:)
Banyak pula cerita ni hang no.. belum pi lagi.
Eh tapi kan merancang tu peringkat palinggg penting..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...