Monday 5 October 2015

Kalau jerebu shopping online lah ya!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Makin parah keadaan jerebu ni. Sekolah pun ditutup 2 hari..yeaaaa!!
Ada yang suka ada yang mengeluh. Biasalah kan , manakan mungkin satu keputusan sesuai dengan semua orang..

Apa yang penting..Kerjasama!
Apahal pulak kerjasama kerjasama ni..
ye lah kerjasama dalam memadamkan kebakaran.. Indonesia sepatutnya bersetuju untuk berkejasama dan menerima bantuan Malaysia dan Singapura
...
Penting juga kerjasama dalam memadamkan api-api perkauman yang sentiasa terpendam macam gunung berapi Merapi..
eh kona jauh ni..
 pening ke apa ni.?
Pening sikit akibat jerebu..serius!
Ada kesan terhadap diri aku.. pening lain macam weekend baru ni.


Apa pun hari Sabtu dijemput oleh sahabat untuk ke Seri Malaysia Bagan Lalang untuk program Usahawanan anjuran MASMED.
 Langsung diminta jadi panel pembentangan perniagaan online pelajar-pelajar dari Uitm Johor dan Shah Alam.

Aku sebagai lepasan Uitm tentulah peluang untuk beri sumbangan sebegini tak akan  ditolak



Aku belajar banyak benda dalam program tu. Walaupun jadi panel yang diminta beri komen namun mereka (pelajar) yang melalui proses nak buat bisnes tu, teori dan pengalaman berbeza. Aku lebih kearah penggunalah. Kalau nak komen pasal peniaga memang kena bagi yang expert.

Program MASMED dikelolah oleh En Halim Suhaimi dihadiri lebih kurang 30 pelajar. Bagi aku satu pendekatan yang murni dalam menggalakkan pelajar menceburi bidang perniagaan. Buat bisnes , alami, improve dan expand. Kalau itulah yang dihayati oleh pelajar maka mereka boleh pergi jauh.








Pelajar yang bentangkan perniagaan mereka ialah:

1.RuncitOnline.2u.com
Pelajar  ini meyediakan perkhidmatan telecomunikasi, servis memotong rumput, antaranya.


2.AFMB Enterprise
Menjual product kesihatan daripada al Hadda Marketing seperti G-oat,  minuman kesihatanTamar Cocoa, pakaian dan aksesori.

Fyjab
-insta @fyjabs
Menjual tudung labuh dan shawl

Dazara
Menjual pakaian muslimah



Memang pelbagai perniagaan mereka. Ada jual produk kesihatan, top-up service, tudung dan baju. Dan ada menceburi bidang potong rumput. Memang terbaik dan patut dicontohi.



Korang pergilah ke kedai online diorang.. kalau beli barang lagi elok sambil membantu perniagaan dan pengajian diorang.






1 comment:

  1. on9 shopping ni memang best..sambil2 tidurkan anak pon boleh shopping

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...