Tuesday 19 May 2015

Suara untuk Rohingya...

Assalamualaikum bloggers and readers..


Rohingya ooo Rohingya, apa kabar kampungmu di Rakhine.
 Tidakkah kamu rindu kampung halaman???  

Atau kamu semua pejamkan mata , rundukkan muka mengenang rumah dibakar, suami dibantai, isteri dirogol, tanah dirampas, bangsa dihina ..
 Mereka berkuasa pun pejamkan mata
Perintahan negara kukubesi tentera
 Matlamat mereka,  kamu akan membangsat binasa.
Meluru kehujung dunia , kemana saja..
mempertaruhkan nyawa di atas samudera.
 Jalan daratan juga banyak ranjau
kerana undang-undang tidak dipantau.
Rasuah dan kuasa durjana
Jadilah kamu barangan dagangan, ketika kamu tiada apa untuk didagangkan.
Kerena habis tanah dirampok digadai, Cuma secebis maruah yang tertinggal
 Semua menolak kehadiranmu,
 tidak hairan mereka menendang semula kelaut
….kerana negaramu pun mengkastarendahkan kamu..
 Masih wujud memelut sebegini di kala ini.
Semua memandang sepi ..
Rohingya bangsa yang telah mati..
Cuma nisan belum ditandai









p.s di manakah manusia dan kemanusiaan.Dimanakah saudara seagama..??
dimanakah keadilan dalam perkongsian bumi Tuhan..

1 comment:

  1. setiap kali baca kisah rohingya, mesti rasa sedih sangat.. semoga mereka di dalam lindungan Allah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...