Thursday 21 May 2015

Dua kali Malaysia Airline buat silap dengan aku .. aduyai

Assalamualaikum bloggers and readers..

Mulanya aku tak nak lah mencoretkan pasal pengalaman dengan Malaysia Airlines, penerbangan kesayangan Malaysia. Tapi setelah dua kali sangkut dan terpaksa menalifon customer service,

 aku coretkan jua,
mungkin juga kerana boleh menjadi bahan coretan malam ni.

Jumlah masa aku nak check in melalui web untuk anak malam ni ialah dekat 2 jam. Aduyai..

Tadi,,Aku nak "check in" lah untuk anak yang nak ke Alor Setar (AOR) esok pagi.21/05/2015.

Sebelum tu, aku book tiket melalui internet. Nak dijadikan cerita, masa buat payment, dia golek golek ( procesing la tu), golek golek, tup payment problem.

Aku tak boleh booking atau tak complete booking la sebab tak bayar. Itenary semua tak dapat. Ingatkan lewat malam sikit nak try lagi. Nak kata credit card kena block, payment settle semua.

Kemudian aku buka email ada email MAS yang notify aku pasal payment problem dan suruh call MAS pasal booking bla bla, Ada disertakan booking reference.

Aku pun call dan bagi reference no dan bayar guna credit card thru phone. DOne. Booking confirmed
Dapat email masuk unt pengesahan.

Dan  tadi aku pun nak check in, patah balik cerita di atas tu..

  1. Aku buka email. Tengok nama aku pulak jadi passenger bukan nama Along. huish. Pasaipa pulak..
  2. Aku pun call MAS. Customer Service (CS) kata memang aku book untuk aku bukan untuk anak. Aku muyskillah sbb aku ingat aku book untukAlong
  3. Rupanya org yang aku book tempohari yg jawab call ni. so dia pun ingat yang aku book kat dia dan dia mati mati kata dia confirm dengan aku yang pasennger ialah aku.
  4. Aku hidup hidup kata aku book kat internet untuk Along. Sudah ! kenapalah jadi macam ni?
  5. Dia cerita apa dia buat masa dia terima call pasal booking tersebut dan aku pun cerita aku punya side. Aku dgn tenang kata dia tak sahkan sesiapa pun pasennger dan aku paham bila dia retrieved booking  dari internet booking mesti ada nama Along as pasengger dan bukan aku walaupun aku yang book-kan.
  6. Dia ckp dia confirm yang aku dan aku kata tak.
  7. Sekarang aku cakap cakap " now his word against my words" 
  8. Ofcourse dia akan cakap dia betul dan aku kata aku betul. yang pening nya aku sbb along patut ke AOR esok. 
  9. Aku taklah marah sebab aku nak mintak tolong dia solve benda ni. Lagi pun kan Melayu, tolak ansur. Kalau org lain mungkin dijerkahnya dalam telefon.
  10. Dia kata tunggu sbb dia nak dengar rakaman masa aku book tu. Tu yang lama aku tunggu, lama lah , lagipun menunggu kalau 5 minit pun lama. tapi ni 15 minit ada kot. Siap aku pasal speaker phone dan kalau aku mandi pun mungkin sempat. Ye lah dia nak retrieve balik call 2 hari lepas.
  11. Tunggu punya tunggu dia mengaku yang dia tak confirmkan siapakan pasengger. Dia buat andaian yang aku akan fly, aku pulak bila dia kata dia rujk booking no dari internet terus buat andain semua detail aku key in dalam web tu akan keluar, termasuklah siapa pasenggernya.
  12. So selesai dengan dia mintak maaf dan aku pun lega kerana aku betul. Bermakna tak perlu beli tiket lagi. All end well walaupun aku terpaksa tunggu lama.

Kemudian dan settle dan dia amend apa  yang patut dia pun hantar email . Aku pun nak check in.
Bila aku pilih kaedah check in dengan pilihan e-ticket no, aku tak berjaya. Tukar e ticket asal sebelum ammend, tak valid. Tukar e ticket yg tadi, keluar invalid First Name. Sudah, Apahal pulak ni..
Try berkali kali tak boleh check in..

Alamak kena call lagi ke ni. Try key in satu satu, nak pasti e ticket no betul. Submit, tak boleh juga.
Mula lah suhu nai sikit. Tadi dah call , takkan nak check in nak kena call lagi.

So CS tu pun jawab dengan nada aku merasakan dia ingat aku tak reti check in guna web
 " Ok cik biar saya guide. Encik dah masuk web,,ok check in guna e ticket"
 
"Memang tadi guna e ticket lah." Aku beritahu

"MAsukkan e-ticket ..tolng bacakan sekali ya"

Aku pun baca bla bla..

"Encik, yang kat depan no encik baca tu letak 232"

"ha? mana datang datang 232 ni pulak, patutlah tak boleh"
"232 tu ialah kod e ticket untuk MAS. Memang kena tambah kat depan tu"
Aduhh patut la gagal. Ada no yg sepatutnya ada tak diprint dlm e tick tu..

"Mungkin system kita ada silap kot" Senang je dia jawab
Aku ok lagi sbb org dah tolong bagi infor kan.
Pastu Sir name letak nama anak encik sebb dalam ni encik masuk nama anak encik sebagai First Name. Encik silap masukkan masa book tiket" Sir Name atau First name ialah nama encik. Given name baru anak. Encik silap tu yang nak check tak boleh""


Aku? Aku dikatakan silap??
bukan aku yang key in daaaa.. Staf mas juga tadi.. Yang kat atas tadi tu,, yang aku cerita dia buat hal pasengger silap. Dia betulkan letak nama Along as first name!!

Aku pulak dikatakan silap..
Grrrrrrrrr..



grrrrr.
grrr
masih bengang..mau migrain kalau layan kerenah depa ni





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...