Wednesday 8 April 2015

Muat turun filem dari internet akan dituntut bayaran??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Awas sesiapa yang suka muatturun filem dari internet.....


Laporan akhbar menyebut beberapa orang pengguna di Singapura akan dikenakan tuntutan setelah muat turun haram filem ...

Laporan dari Sinar Harian:


"500 muat turun haram filem diperangkap



SINGAPURA - Lebih 500 pengguna internet di Singapura berkemungkinan berhadapan tindakan selepas dikesan memuat turun secara haram filem Hollywood, Dallas Buyers Club.

Menurut Straits Times, syarikat LLC yang memegang hak cipta filem berkenaan, mahukan ganti rugi.

Syarikat berkenaan sudah mengenalpasti lebih 500 alamat internet (IP) dari tiga penyedia rangkaian internet (ISP) utama, Singtel, StarHub dan M1.

Difahamkan, syarikat berkenaan mula menghantar surat kepada pengguna-pengguna internet berkenaan berkenaan ganti rugi dan kos.

LLC juga dalam proses mengenalpasti 4,700 pelayar internet dari Australia berkenaan muat-turun haram filem berkenaan.

Di Amerika Syarikat, lebih 1,000 pelayar internet sudah disaman.

4 comments:

  1. Memang sellau tak reti downolad cerita.adik adik sellau kata buta it.. tapi selmaat kot cam ni hihihi

    ReplyDelete
  2. jrg download.selalu tgk kat website jea.hihi

    ReplyDelete
  3. Ros tak pandai download filem atau drama. Lagu je selalu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...