Tuesday 31 December 2013

Terbaik untuk kita...........

Assalamualaikum bloggers and readers..

Masa terus berlalu meninggalkan kita..banyak kenangan kita lalui. Banyak juga ujian kita tempohi..
Samada ujian sakit, kecewa atau pun diuji dengan kegembiraan, kesenangan.
semua keadaan menuntut kita mengingati Yang Maha Esa.

samada dalam keadaan senang atau susah.. dalam keadaan suka atau duka...
dalam keadaan papa atau kaya..
Pendek kata setiap masa lah..

Esok dah tahun baru...mungkin sesetengah orang iaya sekadar hari biasa,, sesetengah pula pesta naik rak.. seolah olah masuk tahun baru satu kejayaan yang besar. Sebenarnya tahun baru tetap datang samada kita buat apa apa atau tak  buat apa apa. Dok diam diam kat umah pun masa bergerak..

Tahun depan atau pun bermula pelbagai yang baru.. baru darjah satu ..baru masuk tadika dan baru itu dan ini. Selamat tahun baru untuk semua...
MAlam ni ada protes nak guling kerajaan.. tak tau samada esok ada kerajaan baru. Hebat benar mereka yang nak guling kerajaan..
Aku pun tak pasti ( aku pun tak percaya) akan ada protes nak guling. Sampai aku pun nak gelak sampai terguling-guling. Aku guling meliuk2 dalam internet cari apa punca protes ni dan oleh siapa pun aku masih samar-samar.
Semuanya samar samar... Adakah tag line Perhimpunan Guling Kerajaan ini merupakan jerangkap samar? aku pun masih samar samar. Kalau betul siapa nak perangkap sapa..

Ok tingggal kan bab isu terkini.. Oh ya..apa kabar Micheal Shumacher. Dengarnya koma akibat main ski,, Itulah , banyak contoh kita dengar tentang mereka yang sebelum ni bukan main laju dan ganas serta lasak, tapi musibah yang menimpa adalah akibat perkara yang remeh.
Ingat kah kita tentang cerita dalam Al-quran yang Qaroon zaman Firaun yang kaya mati hanya dengan nyamuk.. Bukan main hebat dia masa hidup  tapi kuasa Tuhan amatlah maha hebat.
Bukan penulis nak samakan Schumacher dengan org zaman firaun tapi nak menyatakan betapa kuasanya Allah terhadap makhluknya..

dan Awi Rafael tentulah tak bisa mengupah beliau jadi drivernya..seperti dalam lagu Kalau Aku Kaya. Apa kobar Der kat Perancis sana.. Mungkin Awi boleh pi melawat.
Moga beliau lekas sembuh..


Dan kepada ssemua.. moga tahun depan memberikan yang terbaik untuk kita semua dan untuk negara kita..





2 comments:

  1. Selamat tahun baru 2014..doa yg terbaik buat diri and keluarga, masyarakat dan negara...

    :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2014, mudahan semuanya baik² sahaja :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...