Wednesday 18 December 2013

Pengalaman Haji : Perjalanan seorang hamba

Assalamualaikum

Tatkala mendapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini, aku agak tergamam. Rupanya penantian untuk aku dan isteri untuk menunaikan rukun ke5 hampir sampai penghujungnya.
Dengan isteri masih meneruskan pengajian Sarjananya, dengan tiada maid dan bermacam perkara.

Namun kami pikir usah bertangguh lagi. Beratus ribu malah jutaan umat Islam di Malaysia menunggu giliran, masakan kita boleh melepaskan peluang.

Ibadah haji ni agak unik.. ada yang berduit beratus juta pun kekadang tak berkesempatan pergi. Ada yang terpaksa tangguh akibat kesihatan, anak nak kawin , anak nak periksa, tak bersedia dan pelbagaii lagi sebab.

Ada yang suaminya tak pergi pun, biar isteri bermahram ibu atau ayah atau adik ipar lelaki. Hanya kerana sang suami sibuk atau etc.Kalau dah memang solo/bujang/janda  tu tak kisahlah..

Tapi itu lah haji ..Mungkin inilah "seru" dalam erti kata kita.
Seru tu dah lama sampai ..tapi seru yang dibuat2 atau seru yang ditolak tu yang banyak. Tapi inilah manusia, keadaan hidup mendambakan pelbagai keputusan. Mungkin tuntutan lain lebih penting. Kita kena bersangka baik..

Aku mendaftar2006 untuk ke Mekah. RAsanya masa tu diberikan anggaran lamanya nak sampai giliran. Dah hujung tahun 2012 daftar untuk ke umrah bila visa dibuka. Selepas bayar booking umrah barulah terima surat dari Tabung Haji.. Alhamdulillah!!!

Masa rombongan umrah di Tanah suci semua dok kata..Nanti senanglah nak buat haji,, sebab baru ja balik umrah.. Seronok dapat pengalaman umrah dan mempersiapkan untuk mendalami ilmu menjalankan rukun haji...

Oh ya... sebenarnya aku tak kisahlah untuk membuat rayuan untuk ke Mekah walaupun dekat sahaja dengan ofisnya pejabat TH ni..

Tak nak memeningkan pegawai sana dan menambah beban dengan rayuan nak pergi awal,,
sebab apa? sebab kriteria dan prosedur dah ada.. gini gini..umur macam ni dapat keutamaan dan bagai..
kita yang muda ni ( cewah) perasan tu.. tunggu je lah giliran... InsyaAllah ada rezeki tu..
Dan rezeki lah kepada kami suami isteri dapat pergi umrah awal tahun dan kemudiannya ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun kelima...

Masjidil Nabawi.... Tenang menziarahi Makam Kekasih Allah..rasa sangat rapat dengan baginda ketika di rumah Allah ini

Kenangan semasa umrah.. bila menatap gambar sebegini lagi terasa ingin kesana kembali

Menara Masjid Nabawi..





P.s InsyaAllah akan  kongsi lagi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...