Foto yang digunakan oleh Utusan Malaysia, Sisipan Mega, Ruangan Agama.
Foto yang digunakan oleh Utusan Malaysia, Sisipan Mega, Ruangan Agama bertarikh 12 April 2013.
Salam,
Saya nak berkongsi pengalaman tentang isu “mencuri” hak hasil karya. Sebelum ini, seringkali saya melihat dan mendengar pengalaman orang lain yang pernah menjadi mangsa kecurian hasil karya terutamanya karya fotografi. Ada yang foto mereka digunakan oleh laman web atau blog-blog orang lain. Ada juga yang lebih teruk lagi, foto mereka diambil dan dibuang watermark dan dijadikan portfolio si pencuri tersebut.
Pada hari Jumaat yang lepas, 12 April 2013, saya mendapat mesej daripada seorang sahabat. Beliau memberitahu saya untuk membelek suratkhabar Utusan Malaysia, sisipan Mega. Kata beliau, foto saya digunakan di dalam sebuah artikel agama yang bertajuk “Hakikat Mempelajari Ilmu”. Foto tersebut mengandungi gambar beliau bersama dengan anak saya yang sedang melakonkan babak belajar Al-Quran di tepi pantai.
Setelah mengesahkan foto tersebut, saya mencari dari mana mereka “mencuri”nya. Tidak lain dan tidak bukan, foto tersebut saya letak di laman Flickr saya sahaja dan tidak ada di tempat-tempat lain. Link asal foto tersebut: http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269
http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269
http://www.flickr.com/photos/imranabduljabar/5788435269
Persoalan saya sekarang ialah bagaimanakah sebuah organisasi media yang besar di Malaysia boleh terlepas pandang melakukan perkara sebegini? Mencuri karya orang lain dan menggunakannya secara bebas? Bukankah mereka sepatutnya ada peruntukan untuk membeli karya? Atau, mereka mempunyai tenaga kerja dalaman untuk menghasilkan visual yang diingini?
Foto asal saya mempunyai watermark tulisan nama saya yang melintangi subjek dari hujung ke hujung. Mereka padam!!!
Nak salahkan siapa? Pereka grafik? Editor? Ketua Meja Pengarang?
Atau, sememangnya perkara begini adalah sangat lazim dilakukan oleh pihak Utusan Malaysia?
Mereka tidak fikirkah kalau foto itu saya ambil untuk kegunaan klien yang membayar saya? Atau, tidak fikirkah kalau saya keluarkan kos untuk sesi penggambaran tersebut? Atau, tidak fikirkah bahawa Utusan Malaysia itu suratkhabar utama dan ramai yang akan melihat foto tersebut? Atau, mereka ingat orang tidak kenal Imran Abdul Jabar dan tidak ada sesiapa yang akan memberitahu saya…
Bukanlah hendak mengungkit sangat tetapi terasa sangat kecewa apabila perkara asas yang mudah begini dipandang remeh oleh pihak saluran perdana. Di manakah profesionalisme? Atau sememangnya kerja tangkap muat?
Kredit yang diberikan kepada foto tersebut hanyalah sekadar “Gambar Hiasan”. Huhuhu…sedih!
Saya cuba mendapatkan maklumbalas dengan menelefon ke pejabat mereka tetapi hampa, panggilan saya tidak sekali pun dijawab. Mungkin langkah yang seterusnya ialah menghantar surat tuntutan guaman? Kita nantikan.