Ok teruskan dgn entry di Turki.( kekadang Turkey, Turkeya, Turkiya,, semua sama). Aku dah warning yang aku amik foto banyak sangat. So adalah modal nak update.
Lagipun manalah selalu jalan-jalan oversea. Tingin nak kerja kat London, tak dapat.
Anyway,,, itenary kami kat Bursa, Turkiya boleh dikatakan satu tempat sahaja. Kawasan bandar Bursa tu sendiri...Then balik ke hotel,,check in dan dinner....
Semasa asalnya bangunan ini adalah madrasah dan tempat-tempat anak yatim. Kini Bazar Sutera/ Silk Market/ |
Nama roti ni tak pasti. Tengok macam sedap. hanya 1 Turkish Lira.. Agak tawar.... dan keras lah!. Sedap juga kalau masih panas. |
Abad ke 15.. Portugese belum tawan Melaka lagi |
Bahagian dalam... Aku sememangnya suka ambil gmabr-gambar arch cenggini.. Tapi tak leh menjadi pun |
Contohnya macam ni..arch yang menarik |
Ada stall/gerai kat ruang tengah.. |
Masjid Jamek.. ( atau Grand Mosque / UluCami) |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Oh ya ini catatan aku yang awal.... ketika syahdu syahdan...)
Di Turki, bumi Anbiya, bumi khalifah, bumi para pahlawan,
pejuang, pendukung dan bumi kesatria Islam, aku terus bermonolog dengan diri.
Tentang perjuangan mereka, menawan, membebaskan kota dari Rom, tentang keEsaan Tuhan, Tentang KebesaranNya...
.... sambil menahan kedinginan cuaca sejuk.
Sejuknya sampai ke tulang. Sesekali hembusan angin bertiup
menambahkan lagi kedinginan. Ketika itu alangkah seronoknya jika mendapat sedikit bahang kepanasan.
Setiap helaan nafas menampakkan wap dari mulut akibat
pertembungan haba badan dengan suhu yang dingin.
Kekadang kita bermonolog dan selalu menyangkakan Allah tidak
menjawab harapan dan permintaan kita. Namun kita tersilap.Segala tiupan angin,
hembusan badai ombak, bunyian pasir berdesir, helaan nafas, deruan air sungai,
cengkaman kedinginan, teriknya matahari, silaunya sinar mentari adalah
menifestasi kebesaran dan kekuatan Allah.
Jika kita dapat melihatnya..
Jika kita dapat merasakannya..
Jika kita dapat memikirkannya
Jika kita dapat mendalami lubuk hati kita..
Jika kita menghayati dengan mata hati..
Juga, Allah tidak pernah gagal dalam menunaikan janjiNya.
DIA telah memberi pelbagai sejak dari lahir hingga kini..
Setiap nafas yang
disedut sejak tangisan pertama
hingga kini adalah limpah rezeki dariNYA,
limpahan kurnianNya…
Adakah kita menghitung segala pemberianNya.
.takkan terhitung rasanya
..teringat Malaysia dan anak-anak..
Anak-anak tadika outing agaknya |
Lurvy dengan kanak-kanak Turki |
Dalam kesejukkan, teringat negaraku,
Arghh... disini betapa susahnya untuk berwuduk,
Dengan sejuk meresap hingga mengebaskan tangan..
Dengan baju yang tebal perlu dilondehkan hingga ke
siku..
Cantik turki, Malaysia tetap di hati..
Mula mengharapkan udara segar Malaysia,
Walaupun kekadang jerebu…
Teringat liuk lentuk pohon kelapa, erm, walaupun bukan
setiap hari menikmatinya..
_________________________________________________________________________________
wah bestnya jenjalan.. gambar pon cantik.....
ReplyDeletehehehe... biasa juga dengar sahabat2 yang melanjutkan pelajaran di luar negara, memang best kat tempat orang ni, cuaca pun sejuk tapi best lagi tanah air sendiri. Macam saya, saya tak pernah ke obersea, cuma setakat Singapore aje lah, hehe.
ReplyDeleteBila berbicara tentang dingin air mengambil air sembahyang, biasa dengar omelan anak yang ke 2tu, bila ambil air sembahyang untuk solat subuh "sejuknya air ni, boleh ambil air sembahyang guna air panas tak?".. rumah kami tak de heater, tapi selalu berangan nak duduk luar negara. Nenanti boleh saya tunjukkan dia n3 kali ni. :)