Sunday, 9 January 2022

First time trying White Water Rafting

Assalamualaikum ,,


TAk papsti aktiviti ini merupakan antara list yang aku nak buat atau pun boleh letgo je.

Ya setiap kita ada memacam activiti yang nak dilakukan,, sekurang-sekurangnya sekali. Aktiviti-aktiviti nbukan yang biasa biasa.. contohnya.. buggy jumping, mendaki gunung Merapi atau scuba diving atau white water rafting..

Yang last last aku tak pasti aktiviti lasak ke tak? Mungkin tengok sungai dan jeram kot.. tapi kalau nama pun white-water , tentu lah lasak kan, Dapat nama white tu bila air laju menuruni jeram. Air deras maka jadi lah air tu puti dengan buih-buihnya.

ok lah aku teringin na buat sampai anak buat cadangan. Ok lah.

"Nak pi mana?" Sebab tempatnya banyak. Kuala kubu, gopeng , ranau dan Selama antaranya.

" Kita kan nak ke Ipoh so kita pergi Gopeng punya abah" Najmi memberi cadangan.

"Ok set. Kau arrange." Arrange tu setakat arrange lah ye, lain2 abah uruskan.

Cemas juga sebelum aktiviti. Tahap cemas tu kurang bila sampai Gopeng Rock Camping kerana instructor tu kata:
"Ni air surut la ni. Ok je untuk family"

Cantik! untuk first timer macam kami ni sure nak yang santai-santai kan.
Sib depa kata ada insuran bagai.. Ghisau la kan.

Tapi every thing has its first time kan. So layan je lah.

Ramai hari tu .. 10 rakit.
Ramai makanya kami kena tunggu lama lah kan. Sbb tungu nak start serentak. Dan bukannya semua tepat. Kami punya lah rushing ke meeting point . Sbb memang tak suka orang menunggu. Kami bukan VVIP pun.

Eh memang VVIP kat Malaysia ni orang kena tunggu ke..Jeng jeng jeng.. Satu habit yang tak bagus kan.
Sendiri mau ingat..


So kami dibahagi 2 raft./rakit/bot. 5 each plus satu kapten .. total 6 org satu bot,

Bermula di kem Razila.
Sebelum tu kami bertolak dari meeting point ke kem Razila menaiki lori. MEnaiki lori melalui jalan bengkang bengkok pun dah trill.

Ok pendekkan cerita. 
Memang best white-water rafting ni. 
Walaupun check list dah ditanda, kalau ada kesempatan boleh cuba lagi dan kawan pun dah ajak ke Kuala Kubu baru (KKB). dengarnya kat sini lagi mencabar..

Sedikit catatan.. kami stay di Gopeng ni di Hajau @ gopeng.. Nanti aku buat posting pasal ni ya,,

 Anyway ni link dalam youtube;
Klik link.di bawah


Enjoy the pic..and the trill within..







Friday, 24 December 2021

Coretan banjir

Hari aku post Meat Cartel tu lah banjir besar kat lembah Klang. Merabak sampai Jerantut , Mentakab dan Lipis serta Negeri Sembilan.

Coretan dah lama, tapi tak publish ja, Tup2 banjir besar. Ralat tau dak publish  saat saat musibah.


Banjir, Ujian sbenarnya. Ujian agak besar. Kalau aku tak tahu diberi kesabaran atau tidak. Nak suruh orang sabar pun sebenarnya seperti bak pepatah "Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul".

Memang berat ujian. Semoga semuanya sabar dan redha.

Sesiapa yang redha dan sabar dengan ujianNya, Allah akan memberikan kebaikan di akhirat nanti. Sesiapa yang marah dan hilang kesabaran akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Ujian memberikan kita check point di mana tahap kita sebenarnya. 

Tahap kesabaran.
Tahap keredhaan.
Tahap keimanan.

Bertuah juga org yang diuji. Dapat tahu dan dapat ambil ibrah.

Kepada yang tak teruji ( atau belum teruji) ambil iktibar juga.

Yang tak berapa sedap dengarnya, ada yang marah dah salahkan org itu, agensi itu dan agensi ini.

Bila mana musibah memang sukar untuk bertindak la la tu. 

Dan rasanya lah mereka yang tak sabar ni ( tak ramai pun) harapkan air naik ja takat betis ja dan ada bot sampai. Tak tahu lah.

Dan siapa sangka Selangor negeri maju kena. 

Tapi kena ingat semua ni bumi Allah. Kelantan ka, Kedah ka. Pavillion ka. Italy ka, Kodiang ka. Semua miliknya.
Bukan bumi malahan langit dan segalanya lah. Senang cerita, semua milikNya

Cuba kita tengok kat Pantai Timur yang acapkali di timpa banjir. Kalau boleh bandingkan dah pecah internet dok marah kan org lain. Tapi itulah. 

Bukan tak ada yang marah. 

Tapi ,,ermm kita cerita bab lain lah..takut terguris atau salah paham di saat berduka.

So marilah kita bantu, Bantu untuk sama sama berganding bahu memberikan keceriaan.
Kita peduli.
Kita tumpang sayu.

Bencana adalah bencana dan dalam berbagai bentuk. Kekadang tak tahu pun. Tak jangka pun.

Misi tengah bergerak. Sukarelawan pun banyak keluar. Cuma harapannya agar cover tempat tempat sepenuh. Koordinasi dan rancang bersama. Harap janganlah satu tempat tu jer menjadi kunjungna banyak NGO. Sampai terbazir-bazir makanan dan keperluan. Cari tempat2 yang juga menjadi musibah tapi tak masuk dalam radar NGO dan mereka yg pergi nak selfie.

Harap semua dibantu, sedikit sebanyak yang dapat. 
Semoga semua ditanya khabar. sebab ramai yang datang membantu kan. 
jangan biarkan mangsa2 merasa hiba terpinggir pulak.

Walaupun bukan sengaja tetapi terlepas pandang.


Saturday, 18 December 2021

Bangi makan di mana? Meat Cartel

Assalamualaikum.

Agak lama tak menaip disini. Sibuk bangat kata org seberang. Sibuk apa pun tak tau. Tu nampaknya bukan sibuk kan.

Itu namanya tak organize!!
Tu baru betul.

Tak organize urusan harian , tambah ada biznis kecilan..Macam la sibuk sangat..

 Herm newbie betol lah.
Kalut sikit.

Anyway amik masa sikit nak bercerita yang aku n family gi makan daging smoke cam gitu. Bukan steak kan.
Ala ayang macam depa duk tunjuk masuk dalam oven sampai 12 jam ke apa tak. 

Pastu ada tomahawk lagi. Kind of steak kot. Eh tatau la aku.

Ok maka aku pun nak support junior SBP aku,,pegi la MeatCartel bangi.

Plannya last minit,,macam tak biasa.
pukul 5 pm call reserve table. nak pergi lepas maghrib ala 8.15 macam tu

On the way balik inform anak..lepas jemaah gerak terus.. meja depa kata reverse 15 minute ja. Lepas tu open balik kat orang.

Wah kalut jadinya. Mesti ramai org beratur. Anak siap google menu. Abah cakap abah dah order .

Depa lagi advance buat research. Kata Fatah Amin.. sampai la aku  tak pasti. dia punya ka. owner ke..franchisee ke atau bukan sama sekali .. Ah tak kisahlah.. Bukan dia yang masak pun. Sapa punya pun yang penting best, staff tak sombong,, makanan mau lazat.
So tak relevan ya si Fatah itu dan ini.

So aku order set yang  Large












Lurvy order Pull Lamb with rice


So tender










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...