Friday, 20 December 2013

Nak kena paku orang yang buat kerja ni..baru ada akal

Assalamualaikum bloggers and readers..

Huh..macam macam cara manusia nak kenakan org..
Isu ni dah lama tapi biarlah aku buat entry juga..
Masalah mereka yang menabur paku di jalanan hingga menyusahkan penunggang motosikal..
Susah sangat, terutama mereka yang perjalanannya jauh .. e.g dari seromban ke KL..
jikalau terkena paku yang ditabur takkah naya...
Nak nak balik kerja memalam...kerja untuk menafkah anak dan isteri. Kerja kerana Allah..untu rezeki meyambung kehidupan..
Tidak kah risau isteri menanti kalau suami mengerah kederat untuk menolak moto yang pancit..
Tidak kah naya kalau terpaksa membayar RM50, upah seharian, untuk membaiki moto yang terkena paku lahanat.. opps bukan paku yang salah tapi org yang tabur..

Kepada mereaka membuat onar sebegini...insaflah...



Keratan akhbar ...ada yang menuduh mekanik jalan yang buat..wallahualam,
Siapa pun yang buat ...memang buat rezeki tak halal


Mungkin mekanik jalanan boleh komen




 Di Indonesia pun ada masalah ni..
tapi pengguna tubuhkan satu skuad untuk buat sweeping dengan gunakan magnet..
mungkin operator lebuhraya boleh bantu penunggang moto..

takkan sbb tak bayar tol tak nak tengokkan masalah ni..

boleh kan kan kan..
tolonglah penunggang motor sama..





Wednesday, 18 December 2013

Pengalaman Haji : Perjalanan seorang hamba

Assalamualaikum

Tatkala mendapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini, aku agak tergamam. Rupanya penantian untuk aku dan isteri untuk menunaikan rukun ke5 hampir sampai penghujungnya.
Dengan isteri masih meneruskan pengajian Sarjananya, dengan tiada maid dan bermacam perkara.

Namun kami pikir usah bertangguh lagi. Beratus ribu malah jutaan umat Islam di Malaysia menunggu giliran, masakan kita boleh melepaskan peluang.

Ibadah haji ni agak unik.. ada yang berduit beratus juta pun kekadang tak berkesempatan pergi. Ada yang terpaksa tangguh akibat kesihatan, anak nak kawin , anak nak periksa, tak bersedia dan pelbagaii lagi sebab.

Ada yang suaminya tak pergi pun, biar isteri bermahram ibu atau ayah atau adik ipar lelaki. Hanya kerana sang suami sibuk atau etc.Kalau dah memang solo/bujang/janda  tu tak kisahlah..

Tapi itu lah haji ..Mungkin inilah "seru" dalam erti kata kita.
Seru tu dah lama sampai ..tapi seru yang dibuat2 atau seru yang ditolak tu yang banyak. Tapi inilah manusia, keadaan hidup mendambakan pelbagai keputusan. Mungkin tuntutan lain lebih penting. Kita kena bersangka baik..

Aku mendaftar2006 untuk ke Mekah. RAsanya masa tu diberikan anggaran lamanya nak sampai giliran. Dah hujung tahun 2012 daftar untuk ke umrah bila visa dibuka. Selepas bayar booking umrah barulah terima surat dari Tabung Haji.. Alhamdulillah!!!

Masa rombongan umrah di Tanah suci semua dok kata..Nanti senanglah nak buat haji,, sebab baru ja balik umrah.. Seronok dapat pengalaman umrah dan mempersiapkan untuk mendalami ilmu menjalankan rukun haji...

Oh ya... sebenarnya aku tak kisahlah untuk membuat rayuan untuk ke Mekah walaupun dekat sahaja dengan ofisnya pejabat TH ni..

Tak nak memeningkan pegawai sana dan menambah beban dengan rayuan nak pergi awal,,
sebab apa? sebab kriteria dan prosedur dah ada.. gini gini..umur macam ni dapat keutamaan dan bagai..
kita yang muda ni ( cewah) perasan tu.. tunggu je lah giliran... InsyaAllah ada rezeki tu..
Dan rezeki lah kepada kami suami isteri dapat pergi umrah awal tahun dan kemudiannya ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun kelima...

Masjidil Nabawi.... Tenang menziarahi Makam Kekasih Allah..rasa sangat rapat dengan baginda ketika di rumah Allah ini

Kenangan semasa umrah.. bila menatap gambar sebegini lagi terasa ingin kesana kembali

Menara Masjid Nabawi..





P.s InsyaAllah akan  kongsi lagi


Tuesday, 17 December 2013

Bring on BARCA

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kena paksa jugak menulis, baru keluar coretan coretan di sini.
Mungkin kerana kurang membaca, makanya nak menulis pun rasa lemau saja.
Yup, membaca boleh memberikan inspirasi,
dalam mengarang bait-bait puisi
atau mencoret  di blog sendiri.

Banyak benda atau isi hati atau pendapat yang ingin dikongsi..
Tapi ..dipendam dan dibiar tak terisi blog ini..

Oh ..bring on the Barca!!!!

Mancity will be facing Barca,,, satu pasukan aku admire seketika dulu,,
kini tidak lagi...
Dalam hidup pun macam itu,,dulu kita respct tapi ada perbuatan yg membuat kita hilang respect..

So kita admire aku beralih kepad MAncity Fc,,
sebenanrnya sejak musim 2010/11,
So go go Mancity..

P.s
Kenapa ye hilang respect..sbb masa tour Barcelona dulu kat malaysia tak best.. macam hebat sangatlah depa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...