Sunday 8 January 2023

Ya ALLAH! Malam yang cemas...Yasmin dibawa ke hospital dengan ambulan

Assalamualaikum..
Yasmin (anak bongsu)  2 kali jatuh (rebah atau pengsan) di klinik tadi..

(Sekarang aku berada di hospital putrajaya. Di luar bilik kecemasan dia sedang tidur..recovering. improving. Aku kat kaki lima, menunggu.. lagi pun bukan boleh dok tunggu sebelah dia sgt, bagi ruang dan space doktor nak treat ramai patient lain.. lagipun agak lama aku kat dlm..drip dah on etc dah) sekarang boleh menulis..dah tenang sikit.
Tak pasti maybe sampai pagi kesini. Optimis 2 3 jam..

Ceritanya:


Malam tadi,  aku , Along,Akmal dan Aisya..bergerak ke Presint 3. Dataran Putrajaya.

Ada tv besarr..nak ghaso meriah.

Nak menyokong, meramaikan dan merasakan suasana kemeriahan Piala Aff ..
Malaysia lwn Thai.

Kami naik motor sbb menjangkakan ramainya org, tentu meriah dengan kereta.. ya ulang alik mengantar naik motor . Yang kemendian jalan kaki dulu slow²

 Memang betol, ramai yg berkumpul..

2 atau 3 kali ganda suasana Malaysia v Bangladesh hari tu. Atau lebih ramai, aku tak sempat observe sangat..banyak benda berlaku yg aku nak cerita ni..

(Aku ketika ini di luar tempat emergency hospital Putrajaya. Menungu Yasmin recover..ulang ayat atas)

Okay sambung,
Sebahagian dari family aku : Lurvy (wife), Yasmin dan Angah tak minat reramai ..malam ni pulak tak minat tengok bola Malaysia..selalu on ja.

so depa dah ada plan nak pi mengopi mana tah. Adalah plan depa . Kalau tak , maybe nak join juga..big screen putrajaya.

Destinasi depa malam ni:
Riciamo ka Bencoleen ..eja betul ke tak nama cafe pun aku tak pasti. Tak penting sekarang ni ni. ( edited: depa dah plan awai)

Aku ngan Along serta Aisya bergerak dari tempat motor, mencari Akmal yang aku hantar trip awal untuk hampar tikar. Dekat ja dari rumah..jalan kaki pun boleh sebenarnya.

Tengah mencelah-celah antara kereta dan masih atas motor, nak parking yang terdekat. Lurvy call. Tak sempat angkat..

Tongkat je motor aku terus guide depa kat mana  Akmal  hampar tikar dan duduk.

 Sambil call Lurvy semula. Pantang undur kecuali bini call.... so aku pun return call. 

Lurvy : "Yasmin  ni ha, macam bengkak mata, macam elergik. Dia rasa susah nafas..tak pernah macam ni.." 

" Salah makan ke ? Ke sbb apa ni"

Lurvy sambung,: "Lepas Yang solat isya nak bawa dia pi klinik, pastu baru kami pi  minum dekat² situ je kot"

 Lurvy mcm biasa tenang..satu karekter dia selama ni. Tenang setenangnya.

Aku cakap : " Pergi sekarang..jgn tunggu " Sekarang tau!!"

Naluri aku terdetik .. Ada sbb aku suruh pergi terus.. pernah jadi kat adik  aku.

(Then gol!!! Faizal Halim score.)

Aku tak keruan..
depa dah jumpa dgn Akmal.
Settle bab tu..

Emosi aku more ke arah risau Yasmin tu.

 Instict dan naluri trigger ... terdetik sesuatu..dan suh aku bertindak.!! 

Tak leh jadi  ni... aku kena berada sana. Aku rasa ni bukan hanya urusan nak bawa ke klinik  saja ni..
 More than that.

Aku terus lari ke arah moto. Start moto dan pecut ke klinik panel..

Aku sampai dulu .melilau cari ..tengok depa tak dak. Laju tak laju aku bawa moto..entah lah..

Nak tanya kot depa terus masuk bilik rawatan , tapi call dulu lah..

Aduss..adakah teruk sangat Yasmin hingga depa decide ke hospital terus.

 Aku keluarkan phone nak telefon, nampak Lurvy iring Yasmin ke kelinik. Aku taktau laju mana  aku pecut motor tadi.

 Lurvy pun tak expect aku datang kot. Sebab bawa ke klinik ja kan, dia pun boleh bawa.

Tapi nampak sangat Yasmin tak larat.. aku terus ke kaunter cakap, anak macam sesak nafas.. ..boleh berjalan tapi lemah dan slow.

 So nurse bagi priority jumpa doctor..check lebih kurang.. ( maksud aku terus check.. bukan buat lebih kurang ) and inject untuk kurangkan radangan.

Vital sign:

HRate 150...tinggi!
Bp 104/60... rendah!
Oksigen 93..rendah!!

Aku yg kata dlm hati .

Doktor maklumkan ja..  
Tinggi ka rendah tu aku yg compute dlm.otak..
Cemas..
Cemas lagi
.sebab aku bukan doktor kot.. tapi semua tu tak normal kan..

Ambik nebulizer. 

Lurvy aku suruh dia pergi dinner or minum dulu sementara aku tunggu Yasmin. Sbb dia pun lum dinner etc..Lagipun aku ada kat klinik dan nak tunggu/teman dia " hisap gas"


Masa ni badan dia makin naik merah..seluruh badan. Gatal² ..aku tengok pun naik merenyam.. 


 (Dan  Lurvy pun tak sangka chain of event macam aku nak cerita ni)

Lagi pun anak dah ada di klinik in good hand..aku tunggu tak pa. 
Bola ka apa tiada sekelumit pun.. xpenting dah.

Setelah selesai, check paru².. clear.
Oxigen level 96

Dia pun ok..Yasmin nampak better.
Doktor kata kalau jadi lagi kena cepat ke hospital..sbb dia alergik. Trigger shortness of breath ni. Cam tu lah aku ringkaskan.

explaination Dr. banyak tadi...

Aku pun ke motor dengan Yasmin..nak call Lurvy yg kat cafe supaya bawa balik Yasmin balik and ready nak bawa ke hospital.

 Tetiba Yasmin duduk kat tebing kaki lima katanya penat. Eh.. patut macam tak dak org sebelah..Aku dah ke depan patah balik. Nampak bibir pucat. Aku ckp jom masuk klinik semula.

Aku dah risau sgt.. nak sampai bilik doktor dia dah longlai dan rebah..aku sambut.. dia tak sedar.

Angkat masuk ke bilik/ ke katil pasang oxigen. Aku  tak keruan.

Ya Allah kenapa dengan Yasmin.. ?? Baru saja tadi dirawat dan nampak ok.

Aku call Lurvy suruh datang ke klinik. Aku tak pasti aku tenang ke tak.

Yang pasti aku sangat risau. 

Yasmin bila sedut oxigen pulih kembali. Tahap oksigen pun 96..dan boleh cakap. 

Aku suruh Lurvy tunggu sbb nak ambik kereta. Tadi aku naik motor. Nak bawak ke hospital teruslah kalau cam ni. 

Aku balik dan capai baju persalinan aku dan Yasmin..utk sementara ja baju yg aku capai ni pun tak pasti baju Yasmin ka Aisya. 

(Sure kena warded ni, bisik hatiku.)

Dah masukkan baju.terus start kereta ke klinik.

Otw..Lurvy call kata dia dan Yasmin dah sudah dan tunggu kat luar klinik. Kenapa tak sampai lagi..now dia sound cemas dah
Ok..otw , aku kata..

Kemudian tetiba Lurvy call kata Yasmin pucat semula , dan tak larat..dan rebah.

..dan sekarang masuk semula ke kelinik dan perlukan oksigen.. eh?Aku cemas... 
Aku pecut kereta..secepatnya ke klinik
Lagi sekali..now formula one.. tadi motor gp.


Sampai ja klinik, Lurvy bagitau depa dah call ambulan. Sbb better ambulan... lajuu dgn siren lagi.Ambulan sampai terus bawa ke hospital..

Aku gerak ke hospital with Lurvy. Tak boleh iring dlm ambulan. 
Entah. 
Maybe SOP..maybe sbb musim covid.
Tak kisahlah..asal cepat yg sakit tu sampai.





Masuk emergency..check itu  ini. Doctor tanya aku rentetan kes.

Kemudian setelah settle...aku suh Lurvy balik dulu selepas 45 minit kami sama² tunggu. Sbb nak monitor ja..takmau lah dua² kat sini. Suh dia rehat dulu..biar aku tunggu..
Dia takmau balik..Aku insist sbb anak pun dah ok and in good hand.

Now Yasmin tengah dapatkan rawatan...alergik reaction nampaknya dah pulih. Drip dah nak habis sebotol. So far so good. ALHAMDULILLAH..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...