Tuesday, 8 March 2022

Bertabahlah. Hujan lebat menimpa warga kota sekali lagi.

Assalamualaikum bloggers and readers..
Semalam sekali lagi hujan dengan lebatnya turun ke bumi lembah klang ni. 

Aku terdetik adakah akan berlaku kali kedua banjir yg agak teruk? Sebab hujan memang lebat.



Bekerja dirumah memerhati hujan turun dan kilat sabung menyabung merisaukan.
Apakah ada rumah yang akan tenggelam lagi.?


Adakah punca banjir (selain hujan lebat) telah dibaiki.?

Petang² adalah masa yg sibuk bagi warga kota. Ada yang bergegas pulang mengelak jam yang teruk..Ada yg perlu mengambil isteri. Ada yang menunggu untuk pulang lebih lewat.

Si penunggang motor menyiapkan baju hujan.

Malangnya banyak kereta yg tersangkut dan pasrah ditenggelami air. Tiada jalan lain , hanya bersesak dlm kesibukan sambil air sedikit demi sedikit meningkat naik.

Setakat ni tiada kemalangan jiwa yg diberitakan.. Syukur.

Staysafe semua ya....

3 comments:

  1. Salam takziah la kepada mereka yang terkena kesan banjir kali ni..
    Semoga semua pun dilindungi dan bertabah la ye

    ReplyDelete
  2. Smlm hujan lebat kesian sesiap yg terkena banjir tu kan

    ReplyDelete
  3. smlm balik risau jugak stranded...walaupun naik MRT & LRT tapi kalau ada trip di mana-mana stations risau juga

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...