Wednesday, 25 December 2019

Mendaki Bukit Kodiang ( Bukit Mok Cun) Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Bercuti di Kedah minggu lepas membawa kami ke Bukit Kodiang. Bukit yang agak menarik dan “hikeable” bagi semua golongan pendaki amatur macam kami.
(Err, pembetulan sebenarnya bukan bercuti di Kedah). 

Balik kampong kat Kedah..wohahah...


Tapi kena guna "term" bercuti baru lah ada feel dan kena buat perancangan. So, kalut nak kena buat plan nak makan apa, nak pi mana dan lain-lain. 

Tempat makan yang best yang tak berapa viral yang aku cari.  Nasi Kandaq (Taman) Wira , Nasi Kuning gulai ayam Pekan Air Hitam antara "the hidden germs."

Tempat yang agak popular yang aku try utk kali pertama pula ialah Laksa Gulai Sekoq,
( nanti akan ditulis pasal ni..watch this space (or blog) ok)

Sempat la kemas dan touch up rumah kat kampong a.k.a homestay kami, dan, yeszzaa, memasang aircond untuk bilik ke3.

So guys , good news !! Homestay D’Permatang dah lengkap dengan “aircond” di semua bilik. Dan good news lagi ialah, kadar tetap sama. Best kan..
 So boleh lagi korang reramai ke page D’Permatang Homestay Ayer Hitam Kedah in FB

Utk percutian aku ni aku “block”  seminggu tarikh  homestay. Black-out date lah kan.. di mana aku redirect booking ke homestay lain. 

Dan December adalah bulan yang agak busy bagi homestay kami. Thank you atas sokongan semua.
Wohahahah.. promo sat. Sempat lagi tu !! Actually most are good feedbacks. Dan honestly ada juga bagi feedback for improvement, itu pun setelah aku tanya, apa saja boleh komen, pasal benda kecik pun tulis ja. So boleh kami buat improvement. TQ TQ

Bukit Kodiang.

Untuk aktiviti santai kami ke Bukit Kodiang, dulu ni depa kata nama dia Bukit Hantu, ala, dekat ja dari Homestay kami. 

Kecik2 aku dok dengar mak ayah nak pi makan kenduri la ada sedara dekat Kodiang, dekat2 dekat bukit Hantu. Rupanya ni lah bukitnya, Bukit Kodiang.

Pastu ada nama baru pulak? Bukit Mok Cun. Lah, lekat nama ni pulak.

Sedikit informasi , Bukit ni terletak di laluan Jitra ke Kodiang serta seterusnya ke Pekan  Arau etc. 

Dari Jitra akan melalui pekan Tunjang kemudian sampailah. Terletak di tepi jalan besar sahaja.


Bukit Mok Cun ( Bukit Kodiang)



Laluan

Laluan pendakian "direct" sahaja, Tak dak denai yang bersimpang siur, ala Bukit  pun rendah ja. 
Cuma ada batu yang telah terurai akibat luluhhawa ( perghh lama tak guna perkataan luluhhawa) dan jadi batu kelikir.. bila panjat macam menggelongsor gitu. Jadi, pakailah kasut yang sesuai.

Ada satu part yang curam.. tapi jangan risau ada tangga disitu, fuuh, senang kerja. 

Anyway. apabila selepas section yang ada tangga tu ada lagi level atas. 

Kami setakat ni sahaja lah, tak langsung ke puncak.. Risau sebab bawa anak anak. Safety first..


Tapi view dia memang superb. Tahap kesusahan pendakian ..5.5/10



So kalau nak menikmati sawah dan bukit boleh sahaja stay di homestay D'Permatang Ayer Hitam (Air Hitam) Kedah.  Jumpa di sana..


2 comments:

  1. Waalaikumussalam. Wah. Teringin nak pi. Kami ni pun nama ja dok kedah. Belum habis explore kedah lagi. Haha

    ReplyDelete
  2. tahniahnyer panjat bukit mokchun.,

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...