Friday, 29 December 2017

LAMPU @ Putrajaya 2017

Assalamualaikum bloggers and readers..


Wokeh.. Kali ni nak cerita pasal LAMPU pulak. LAMPu ialah singkatan Light And Motion Putrajaya. Tahun ini ialah kali ke 5 diadakan di Presint 3 Putrajaya.
Kat mana? Ala, depan Padang Perdananan Putrajaya dan dipancarkan ke Bangunan Istana Kehakiman tu.









Sebelum tu. Kalau nak baca part ni, aku nak bagitau pasal e-wallet, digital money lah. Bukan pasal bitcoin ya. Sebab aku pun tak arif pasal bitcon tapi Bitcoin naik mencanak-canak. Alasannya ialah, pada pendapat aku, orang yang tak  tau pun ikut serta. Join the crowd. Crowd yang depa join pun ikut kata orang. Tu tanda-tanda mengerikan bagi aku. Bubble dan hyperbolic.. Plus incrediblbly high return.. Too good to be true? Apapun…Aku akan kaji lagi. Hypothesis aku mungkin tak betul. Prinsip aku ,Apa pun aku tatahu aku tak akan involve.. kalau aku tak paham,  dapatkan ilmu dulu. Jangan main ikut saja. Boleh ke tak boleh. Apa fundamental? Komoditikah? Financial instrument kah? Atau currency? Siapa regulate? Kalau takdak regulation ni agak (atau sangat ) berisiko tinggi… Fullstop.

Kembali pasal e-wallet. Jauh melalut pasal cryptocurrency kenapa.?
Semasa pergi LAMPU ada company offer service e-wallet. Daftar saja.. E-wallet anda kan dikreditkan RM15.00. Dan boleh shopping kat gerai gerai yang berniaga kat Dataran Putrajaya. Simple. Nama apps tu ialah PrimeKeeper.




Sesiapa yang nak pergi kalau nak voucher RM15.00 ni boleh lah download apps ni dan lengkapkan pendaftaran kat umah lagi. Pergi ke booth depa buat verification saja. Kalau nak download 23Mb apps pun, kalaudah ramai orang bukan main lambat . Sebab network anda akan congest kot.

Kembali ke cerita asal.. LAMPU ni agak menarik.. Boleh direkemen untuk orang berdekatan Putrajaya datang. Suasana yang cantik ye lah dengan lampu bergemerlapan. Yang paling menariknya digital light and sound show. Skrinnya ialah Bangunan Istana Kehakiman..

Tempat yang lapang. Boleh la releks sambal santai kat dataran.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...