Friday 3 March 2017

Memahami..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Aku dan anak-anak...

Cerita pasal road run sekolah.
...dah beberapa minggu berlangsung dah pun.

Aisya tahun lepas number 2 tapi tahun ni berdaya mendapat ke no 3. Ok la h tu

Danish pula dapat tempat ke empat tapi dibatalkan.

" Danish .. dapat no.4.. tapi tak dikira" kata Lurvy.

" A'aa Abah, Danish taktau macam mana kertas check point boleh hilang, Ada 4 semua Danish ambil tapi terjatuh" Pantas je Danish explain

"Macam mana Danish boleh jatuhkan ni" nada aku seolah  nak mintak explaination bukan nada ingin memahami.

" Eh! apasal aku mcm mendesak ni " terus kata-kata tu menyerbu ke dalam hati ku. Mungkin sifat competitive aku yang nak menang, mahukan dia beringat agar perkara tu tak berlaku. Tapi dia tengah letih dan kena disqualified pulak tu. 

Dia yang gigih nak bercerita tadi macam slow semula. Hilang keterujaan.

Aku pun terus bagi high five dan memberikan kata- positif. 

" Bagus Danish.. no.4 ,,not bad, Macam tu lah anak abah"
" Ok la tu" Tambah aku

Dia panggungkan kepala  dan terus bercerita.
" Danish kutip semua check point punya ribbon tapi entah lah Abah. sampai je nak serah satu tak cukup"

"Ooooo ,, ribbon yang potong-potong tu ke"

" ye Abah.." nada kecewa

" Patut la senang jatuh , Danish kan penat, nak pegang lagi kan. Ok la tu, Danish dah cuba sedaya Danish kan" Aku menunjukkan emphaty aku.

" Cikgu tak terima abah. Ingat Danish tipu. Ingat Danish amik short cut ke apa, mungkin tu cikgu ingat kot , abah"

Masya Allah ..Aku tadi nak marah tadi ( dibaca nak penjelasan ), nasib baik sempat berfikir, dan tidak jadi fokus tentang kecuaian Danish yang jatuhkan check poinnt marker.

Baik aku fokus kan tentang kekecewaan beliau.

"Tak dapat hadiah abah. Patutnya top ten dapat" terus bercerita tentang frustnya dia.

Aduh. Dia yang berpagi-pagian bersungguh-sungguh bagitau aku yang akan ada road run kat sekolah ketika aku hantar. 
Petang balik dengan kecewa kerana hilang check point marker.

Tadi aku ada 2 pilihan.. Nak marah dia sebab cuai atau terus nak motivate dia. Aku pilih nak motivate dia.

Dah la dia penat.. dah la berusaha,, mungkin check point market dibuat dari ribbon yang nipis menyebabkan dia tak perasan benda tu jatuh,..
dah la dia tak dapat medal. 
dah la dia kecewa..takkan kita nak marah lagi

Sebab ada cerita lebih tragis yang menyentuh jiwa yang aku pernah dengar.

cerita nya begini..

Ada seorang suami yang bersiap nak ke ofis. Setelah sarapan beliau perlu makan ubat yan menjadi rutin nya.

Setelah tu dia bergegas ke ofis, sempat mengucapkan selamat tinggal dan mengucup isterinya .


Sesampai di simpang teringat yang ubatan yang dimakannya tidak ditutup. Lantas menelefoni isteri 

" U , tolong tutup dan simpang ubat abang tadi. Terlupa tutup, takut baby main dan makan"

Teringat wajah anaknya yang baru belajar-belajar berjalan.

Seperti biasa beliau agak sibuk sepanjang pagi dan sebab tu lah dia tergesa-gesaa tadi.

Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi dan sebelum tu rupanya message telah berkali masuk.

Abang, balik cepat . Baby kat sepital ni!!! " jeritan sang isteri kepanikan.

"Kenapa ?"

" Baby termakan ubat abang..." sambil teresak-esak.

Aaa. Ubat yang dipesannya isteri tutup dan simpan pagi tadi.

"Apa!!!?"

Sesampainya di hospital.. Isteri menangis dan takut kena marah dek terlupa tutup ubatan tadi.

Kemudian doktor keluar menyampaikan berita yang anak mereka telah tiada. Akibat makan ubatan tersebut.

Si suami menoleh kepada isterinya dan berkata:


" i love u dear, jangan bersedih, mari hadapi bersama"

" Abang tak marah..sebab saya alpa jadi macam ni"

Kita dah kehilangan yang kita sayangi, awak pun kehilangan baby yang awak kandungkan. Masakan abang nak marah dalam keadaan begini.


Bukan salah awak..
Mari hadapi bersama...







1 comment:

  1. sedihnya baca cerita last tu,

    anyway danish, u did the great job! dapat top ten dalam merentas desa memang best, tapi InsyaAllah nanti boleh cuba lagi =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...