Friday 11 November 2016

Tentang Pokemon, Chia Seed, Donald Trump dan ...

Bismillah...



  1. Akhir-akhir ini dok cerita pasal Chia seed(?). Sekurang-kurangnya adalah dua tiga kali muncul kat FB la, nak jual la , cerita pasal khasiat la.
  2. Ermmm,,,dulu dok meletop pasal daun rerama, khasiatnya serta harga sepokok dan lain-lain. Ramai ..seyes, ramai yang cari.
  3. Entah apa pulak akan timbul selepas ini yang mungkin ada khasiat itu dan ini.
  4. Mungkin perkara perkara ni timbul sebab kita manusia tak kira bangsa nak penyelesaian atau kesembuhan yang segera, dan tak mahu bersusah payah berubat. Semua mahu cepat.
  5. Kalau dengar benda ni boleh sembuhkan penyakit, tanpa soal selidik terus viral atau terus beli.
  6. Bukan salah ye, usaha cari kesembuhan atau cari ubatan, tapi masalah timbulnya hanya seketika.  Tiada dibuat ujian secara medikal atau saintific.Ketika panas dan meriah orang sibuk , semua dok cari lepas tu makan pun idak. Itu masalahnya.
  7. Takkan makan sekali atau seminggu terus baik. Kena lah istiqamah dan bersederhana, Makan makanan baik baik yang kita dok makan sehari-hari dan makanlah makanan tambahan spt  madu dan amalkan secara sederhana.. should be fine.
  8. Waima ubatan doktor pun yang jelas arahannya pun orang nak "skip". Ingat makan sekali dua dah baik. Follow up pun tak pergi . Macam mana doktor nak tolong.Kalau kita tak tolong diri sendiri..Senaman dan riadah ada tak kita amalkan?
  9. Pokemon pun sama..sudah pupus ka???
  10. Pavlova? Durian crepe? Daun jarum mas? Jus mengkudu? 

Trump Triumphant
  1. Akhirnya semua dah berakhir... dan Trump telah menang.
  2. Bagi aku, keputusan tak lah diluar jangkaan sebab ada dua kemungkinan sahaja siapa yang menang..ye lah 2 saje pun calonnya..dan peratus sokongan pun dari survey awal asyik bertukar-tukar ataupun tiada trend yang menjurus siapa yang pasti menang.
  3. Cumanya pihak-pihak liberal dan media yang asyik momokkan dan begitu yakin Clinton akan menang. Mungkin sebab dia seorang wanita dan ramai yang menyuarakan keterujaan "Wanita" akan menang dan Amerika akan mendapat Lelaki Pertama ( First Gentleman = Bill ) setelah Hillary jadi President. Hahahaa ha..
  4. Semua underestimated Donald Trump... sebab dengan skandal berbagai. Tapi persoalannya akan American begitu perihatin tentang isu moral ni? Man mungkin kan...
  5. Isu moral telah diatasi dengan  isu-isu pekerja, cukai, kebajikan dan "kekitaan" yang cuba diekspolaitasi oleh Republikan. Contohnya menghalang imigran dan Muslim masuk Amerika serta deportation orang Mexico.
  6. Pola  kempen adalah seperti Amerika untuk America sahaja dan agak tertutup dan ianya berhasil!!. Tentu pengkritik berasa pelik kan...dalam ke"terbuka"an rakyat Amerika, mereka memilih isu isu  yang seolah-olah "menutup" era globilasi , samada dari segi ekonomi atau pun pergerakan secara bebas  (freedom of movement) manusia. ( i.e isu imigran).
  7. Tetapi percaya lah semua akan ok.. sebab itu isu Amerika. Yang kononnya akan jadi "Great Again" dan keadaan stock market  yang jatuh dan naik pun adalah reaksi manusia...sama seperti Chia Seed di atas..Chia chia chia!!!

Divert sikit ..

Dan rumah aku ....terkini dah siap.. boleh amik kunci ..Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...