Thursday 27 August 2015

Piala Malaysia 2015 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Keputusan undian piala Malaysia 2015 sudah diketahui.

Undian ini adalah undian yang baik, menarik dan seimbang bagi semua pasukan. Peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sama, setaraf dengan kedudukan masing-masing yang dianggap “favourite” dalam keputusan liga super (dan  liga perdana). Nampaknya pasukan pilihan boleh menepati ramalan dengan hasil undian sebegini.. Apa pun dalam bolasepak macam macam boleh berlaku.

Dalam kumpulan A, nampaknya LIONXII adalah pasukan pilihan aku untuk menjuarai pada peringkat ini. Terengganu mempunyai kekuatan yang seimbang tapi keutuhan strategi menjadi penentu. Kedah mungkin boleh potong tang kona tapi belum cukup kekuatan sepasukan untuk memberikan keputusan yang baik. Mungkin kedah boleh buat upset beberapa perlawanan ditempat sendiri tapi itu sahaja lah kot pasukan Lang Merah. JDTII mungkin agak jauh prestasi mereka berbanding yang lain.

Kumpulan B bakal menyaksi pertembungan 2 pasukan pilihan, JDT dan Perak. Nampaknya baki pasukan yang ada kurang mampu untuk bersaing, berdasarkan prestasi semasa.

Selangor Sengit.

Cuma nampak sengit dalam kumpulan C, yang terdiri daripada pasukan Selangor, Felda United, Kelantan dan T-Team.
Selangor yang berada di tempat ketiga liga (pot satu) terpaksa berdepan dengan pasukan Felda yang menampakan kebangkitan akhir akhir ini. Dan juga Kelantan yang juga sejarahnya boleh menyengat dalam Aksi Piala Malaysia.

Dalam kumpulan D, Pahang sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip mata penuh atau meninggalkan pasukan lain dengan langkah selebar gajah. Lain-lain pasukan agak seimbang dan mungkin Pulau Pinang boleh mebuat kejutan disamping PKNS yang boleh menggugat . PDRM menghadapi tugas yg agak berat dalm kancah Piala Malaysia kali ini

Berikut adalah keputusan penuh undian:




Jangkaan aku pada peringkat kumpulan adalah seperti berikut:


Kumpulan A:

Johan: Lion XII
Cuba nak jadi johan: Terengganu
Mungkin boleh mencelah: Kedah.
Terus berharap: JDTII

Kumpulan B:
Dijangka Johan: JDT
Cuba nak jadi johan: Perak
Mungkin boleh mencelah: ATM
Terus berharap: Sarawak

Kumpulan  C:
Johan: Selangor
Cuba nak jadi johan: Felda United
Mungkin boleh mencelah : Kelantan
Terus berharap: T-Team

Kumpulan D:
Johan: Pahang
Cuba nak jadi johan: Pualau Pinang
Mungkin boleh mencelah: PKNS
Terus berharap: PDRM









Jadual perlawan adalah seperti berikut:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...