Thursday 11 September 2014

Cepat masa berlalu

Assalamualaikum bloggers and readers..

Feel like to write sumting,,:

1.Begitu cepat masa berlalu.  Sekarang , sedar tak sedar sudah berapa penerbangan jemaah ke Tanah Suci, sudah sampai kelompok terbang (KT) yang  antara yang akhir agaknya.

Tetiba rasa kerinduan untuk ke Masjid Nabawi, Keterujaan menerpa-nerpa ketika menghampiri AlHaram, semua menggamit ingatan…

Cepat sungguh masa berlalu.. Ruang detik terus bergerak.
Cuma Kajang Move yang tak “move –move”.. Apa cer ni pun tatau

Cepat sungguh masa berlari. Dari anak kecil dulunya kini Yasmin sudah menghampiri umur persekolahan tujuh tahun, Anak ketujuhku kini meningkat umurnya dan petah bak bertih jagung mulutnya. Begitu kontras perangainya ketika kecil,, yang agak pendiam.

Berbalik kepada kenangan di Tanah Suci. Pabila berada di hotel penginapan jemaah ditempakan dalam bilik seramai 4 , 5 atau 6 org. Banyak kenangan/cerita dan kenangan bila berada ramai2 tu.
Kepada yang menjadi tetamu Allah, selamat mengerjakan haji. Semoga dikurniakan haji yang mabrur.

 **************************************************************************
2. Semalam pergi My Maidin,, nak masuk tak perasan ada orang bawa kotak kutip derma.
Oleh kerana nak menunggu Lurvy beli barang . aku tunggu kat depan entrance..aku  suruh masuk dan grab apa yang beli je, aku  tanak ronda2 bawa troli. Tak romantik kan? Uik ,,romantik kat umah la. Nak beli 1 barang usung troli kalu. Nak beli satu jadi sepuluh. Lagipun parking padat!!!

Eh cita kotak derma semula.   Dari dalam, yep tempat ada aircon, sambil menunggu, aku tengok tak de sorang pun pun derma kat tabung gaza tersebut.. Kalau dulu bukan main. Dah boring aku pun pi approach,, sembang2 tanya itu ini..
Heran  pelik, cuak  jugak bila kat kotak tulis Hang Tawi.. ada ka hang tawi ni,,setahu aku sahabat Hang tuah ada 4 orang takdak pun Hang Tawi..
Aku pun tanya” Hang Tawi?”
Ye bang
“Dari mana?”
Kedah.
Aku pun tak jadi nak heran.
Kat Kedah memang banyak “hang “ pun.
(Apu pun, aku nak google tengok nanti hang tawi ni siapa)

Bila cerita bab Hang Tuah dan lain2 ni aku teringat bab sejarah yang cerita dia kona sikit.
Mulanya Portugis survey nak serang Semenanjunng Emas ni, depa pi ke kedah juga.
Kedah makmur juga la masa tu selain Melaka.
Masa pi riki Melaka,  perisik balik report  kat ketua turus Portugis.
Dalam laporan tu dia kata bahaya dan banyak risiko nak serang Melaka, Sebab ada Hang Tuah yang handal dan tangkas. Di tambah lagi dngan 4 sahabat Hang Jebat lekir Kasturi dan Lekiu.
Ketua turus tu suruh pi riki Kedah pulak..

Balik dengan muka pucat dia lapor yang kedah lagi bahaya, semua tempat dia pi ada “hang”.
 Hang Pi Mana, Hang Buat Apa, Hang Jangan Kalut …hang ni hang tu…
Ketua Portugis tu kata..kalau lagu tu kita serang Melaka je lah..
Selamat Kedah..

p.s  Ok k bila korang baca jgn pulak kata : “Hang dok mengarut apa ni”


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...