Pila Dunia, kemeriahan dan kehangatan membaluti pelusuk
dunia ketika ini. Aku memang ternanti2 sukan terulung ini sejak mula-mula aku
kenai World Cup pada tahun 1982. Ye lah korang ramai belum lahir lagi. Masa tu
Espana ’82 kalau tak silap. Dianjurkan oleh
Sepanyol. Juaranya Itali. Lepas tu 1986 pasukan yang aku minati jadi juara..
Pergh , Diego Maradona, bintang yang tak perlu diulas lagi.
Kena marah dek cikgu
Aku minat Argentina pun sebab mamat ni punya skill. Maradona
kalau dia gelecek, berapa org kepung pun boleh lepas. Dan yang bestnya boleh
dribble laju.
Sampaikan aku kena marah dengan cikgu aku. Orang British,
yep, cikgu mat saleh yang datang mengajar kat sekolah aku. Macam 6 bulan macam
tu la. Mr Donahue ke apatah nama dia. Lagi satu tu Ms Isabelle tapi tak ajaq
aku.
Sebab karangan aku ada tersebut pasal Argentina. Aku macam
apahal pulak cikgu ni hangin pasal karangan aku . Rupanya masa tu masih ada
kesan peperanagan Faklands War ( Pulau Malvinas). Perang antara England dan
Argentina berebut Pualau Malvinas.
Loh..aku mana la minta perang2 masa tu.. Minat bola..Apa la
cikgu British tu..sensitip lebey pulak.
Apapun Maradona lepas tu sepanjang karier dia banyak hal la
pulak..
Gigitan Cinta.
Dalam banyak2 insiden bola ni , bab gigit menggigit ni la yang
paling pelik. Suarez ni kata kawan aku ada penyakit jugak kot. Tetiba geram ja
nak menggigit. Macam budak2 yang suka menggigit. Apa yang dekat dia mesti kena ngap.
Dan tahun ni aku terbeli baju yang menggambarkan pasukan Argentina..
Design Argentina la.. Tapi bukan jersey.. Ok jugak kot.. Sambar @ Giardano..
Pastu boleh beli juga untuk Akmal dan Danish..Aduyai..
Come on Argentina.. Step up ypur game. Setakat ni kurang
memberangsangkan..
Pelan pelan kayuh ka???
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again