Wednesday 3 July 2013

Hijrah ke tempat baru

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hijrah...
Thats the theme. Aku tak pasti aku boleh gunakan perkataan keramat ini. AKu tak mahu sebenarnya berkicau ( ie tweet, blog ) di alam maya tentang perpindahan aku dari rumah aku yang sekian lama. Namun dalam tak mahu tu lah aku titipkan entry ini.

Sebenarnya pindah pun kat dunia ni juga. Nak pindah ke alam lain hanya Allah menentukan. Org yang bijak ialah orang yang senantiasa mengingati dan bersedia ke arah penghijrahan ke alam yang kekal.

Sudah 3 hari aku aku di tempat baru ini. Dan Danish pagi tadi demam dan muntah2 dan sakit sendi. Fikiran aku melayang tentang yang buruk. Demam dia pun dari hari tu tak baik betul. Dengan kesan jerebu dan batuk yang dia alami adalah resepi yang terbaik untuk ke fasa asma.

Kemudian sakit perut juga malam tadi, sampai tersedu menahan kesakitan. Appendik ke apa. Itu yang doktor Sarah Jane syak mulanya.
Aku dah dalam 60 peratus ingatkan Danish nak kena masuk wad untuk observation tapi segalanya ok dan aku terpaksa bercuti untuk menjaga dia. Esok harapnya cergas seperti sedia kala.

Kalau tak  , Lurvy kena sacrifice masa buat research dia kat library . HArapnya tak berlaku lah.

Kembali kepada hijrah...
Aku berharap dalam semua aspek aku mampu berhijrah untuk kearah yang positif. Dari segi kebajikan anak2, kebahagian rumah dan isinya serta keberkatan hidup. Kalau boleh segala yang patut disempadani, masa lampau atau masa depan akan terhindar.

Angah seems not able to adjust yet dengan kawan kawan baru. Maybe too early.
Jimmy ok..so so.. Agak happy jugak kot. Tapi tadi kena khutbah dengan aku sbb tak tunggu kakaknya
Akmal and Danish... Ok abah.. Best kata mereka. Especially Akmal.. MEmbujur lalu melintang patah punya orang.

Aisya and YAsmin? Walaupun dekat Brainy Bunch jugak tapi ye lah Auntie lain dan tempat lain..Ambil masa sikit. Aisya takes it very well.. Cuma katanya Auntie kat ini garang2. Yasmin? Adoi.. Ini yang bongsu mula tunjuk penangan. Tiap hari menjerit , tarik2 tudung mamanya untuk tak nak pergi BBIM.

tengok esok macam mana...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...