Monday 3 May 2010

Patutla Tak menang-menang Car-craze





Ada la hari tu aku terbaca dalam paper pasal org komplain card mesra dia expire ke apa tah..Atau kad dia tak boleh pakai.... so org petronas pun jawab la lam paper tu selepas tu, dalam 2 3 hari kot. Antara lain aku paham :



1. Card Mesra memang boleh dikira expire kalau hampa tak swipe dalam masa beberapa ketika.. 6 bulan ke setahun kot. Hampa check la fakta ni berapa lama..

2. Point atau mata yang dikumpul boleh lupus. Hanya beberapa kad dimana point dia tak lupus. Petronas Mesra kad bukan lah antara yang special tu...

So dgn knowledge yang ada ni aku pun amik keputusan nak redeem la point aku... Aku berkira2 ada dalm 32000 point kot. Tak tau la apa yg aku boleh redeem. Apa saja lah asalkan point aku tak burn.

Sampai stesen petronas aku pun isi minyak dulu. Eh memang la aku isi banyak minyak kat petronas . Lagi pun syarikat milik negaraku. Sapa lagi tak sokong kalau bukan org macam aku.

Aku pun isi, mcm biasa hutang . Kad credit sama dgn hutang la..Apa korang ingat pakai kat kredit tu hebat ke? Hebat org pokai la...
Lepas tu aku masuk dalam pilih air botol dgn keropok chezel tak apa benda tah.

Aku bg kad aku kat bangla kat situ.. ada dua org, bangla kedua2. mana pi habih org malaysia.

aku cakap nak redeem. Dia amik check point.. ok boleh.Kata dia.

Dia pun garik kat tu kat card reader,... lepas tu buat lagi sekali...

tak boleh la, kata dia. Aik tadi kata boleh. Memang sifat bangla ke apa ni.

Kenapa tak boleh, tanya aku dalam 10% marah.

Ini kad belum daftar lagi.. mungkin la boss. Pnggil aku bos pulak.

Dah lama pakai belum daftar lagi. Yang aku isi borang dulu tu apa. Siap suruh migrate dari Real reward. Borang aku dah isi, kata belum daftar. Eh eh, Bangla ni.

Boss telepon nombor sini la tanya... nombor 1300 kat belakang kad.

Aku pun kluar ( bebudak sekang kata "kuar") dari kedai mesra. Hilang kejap kemesraan aku. Yang ada hanya kemarahan. Eh yang barang tadi aku bayar cash. Bukan aku bawak kuar macam tu aja.

Esok nya aku call no 1 3000 xxx xxx tu. memang sah kad aku takde empunya. Belum daftar lagi. CEsssss.. Patutla aku dok pakai kad mesra masa kempen naik rak , tapi tak menang2............... kalau number kad aku naik pun depa nak bagi hadiah kat sapa............. Boleh saman Petronas ke wahai Fomca,, PPIM ke sapa2 boleh tolong jawab. Ala kalau aku saman pun ciput ja 300ribu ja . bukan sampai 320 billion mcm chedet kata.. Sapa nak jawab tolong jawab sat.........

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...