Thursday, 6 July 2023

Nikmat apakah lagi yang kamu dustakan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hello hello hi..
Cliche kan.. Bila nak mulakan dengan statement: dah lama tak update blog. atau ..
blog ni dah bersawang.
Tapi itu lah yang sebenarnya berlaku. Nak tulis ikut mood . Ada mood baru boleh tulis..
hermm sebenarnya kena paksa juga kot.

Ni kira paksa diri menulis.. sebab kalau tak menulis kita lupa.

Sibuk sikit lately. Kerja dan benda berkaitan dengannya memenuhi ruang dan fikiran.

Tapi kan, apa yang berlaku mutakhir ini  berkaitan ekonomi dan nilai matawang serta pasaran saham agak merisaukan. 

Ok pasal saham memang ada turun naik. Dan ada org nak saham turun sebab nak beli. Ada yang nak naik sebab nak jual dan nak untung. Ok, tu pasal saham.

Tapi bagaimana dengan kenaikan harga barang?
Dan adakah itu gambaran sebenarnya? rakyat berhadapan dengan situasi getirkah.

Atau getir bagi sesetengah orang? Biasa bagi org lain.

Lihat di mall di hujung minggu. Meriah. Pawagam penuh. Jadi tang mana yang susahnya.
Betul, mereka2 ni org senang. Tak pernah dan tak mungkin berada dalam keadaan susah kot.

NAk tahu denyut nadi rakyat susah kena bersama org biasa-biasa. Org kebanyakan. Bukan bangsawan.

Pernah berlaku depan mata aku....

Di stesen bas, dekat dengan AIA Jalan Ampang. Aku berada kat situ nak naik bas atau nak naik grab, aku dah lupa.
Ketika itu, waktu makan tengah hari, Lunch time

Datang seorang lelaki Cina, agak tua. Bawa nasi bungkus. Duduk dan membuka polistrin nasi. Ya, zaman polisterin.

Dari gayanya , gerak tubuhnya itulah makanan pertama yang akan dijamahnya. Samaada org bg atau dia tapau. Kedai makan tak de berdekatan. Entah dari kejauhan mana dia beli atau dapat.

duduk sebelah aku dia rakus membuka bungkusan. Dari hujung mataku ada seketul ayam dan kuah, da tentunya ada nasi. Dia menyudu makanan ( tentu dengan sudu plastik putih) dan makan. Ayam diangkatnya dan diletak di bahagian penutup.
 Dan apa berlaku.. penutup polisterin terkulai kebawah, ye lah kan lembut je kan penyambung dua bahagian tu. Jatuh tergolek lak ayam tu ke lantai. Yang belum dijamah lagi pun ayam tersebut. Hanya nasi dan kuah suapan pertama. 

"Alamak" dalam hatiku. Aku tinjau kot kot ada kedai kat situ. Nak belikan yang lain. Tak dak.
Aku buat2 tak nampak ayam tu jatuh walaupun aku nampak jelas.

dia menunggu seketika dan cepat2 ambil letak semula dalam bekas dia dan makan.

Memang dia dalam keadaan susah tapi tentunya malu. Dan aku pun paham kalau aku tengok dia , mesti dia malu tapi dia kelaparan. Cepat cepat dia makan. Aku terkedu tak sempat nak tegur, atau nak bagi duit ke apa utk dia blei lain pun tak sempat bertindak. Risau dia malu sesangat. Seolah2 aku tak nampak dia kutip semula.

aku tak tegur dia sampai ke sudah ..dan aku masih teringat sampai la ni apakah tindakan aku betul. Tak nak dia malu atau aku patut kata jgn kutip dan jom kita cari kedai makan. Segala berlaku dengan pantas

entahlah...

Dan inilah golongan yg terkesan. Merekalah denyut nadi rakyat yang susah.

bila kita berasa ada, ramai yang tiada.
betul..
dan ramai yang tidur dalam kelaparan malam ni.
malam semalam.

Malaysia makmur namun mana pergi kemakmuran tersebut>
Ramai billionaire, 1 peratus
tapi harta melebihi harta 50 peratus penduduk.
entah entah melebihi kombinasi 70% harta penduduk..

itulah jurang.

itulah perbezaan..

Jika kita boleh buka ho dengan data data yang dilanggan.
ada yang tak makan seharian.

jika anda merungut tiada "line."
jutaan yang tiada bumbung utk melindungi dari hujan atau kepanasan

nikmat apakah lagi yang kamu dustakan....................................................

Sunday, 4 June 2023

HILTON KOTA KINABALU.: Catatan semasa tunggu flight

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak bertolak balik dari KK sudah.
Cerita yg awal belum post dan tulis lagi.
Lepas ni nak padam foto yg banyak dlm phone.

Yes. Memory phone sudah penuh. So upload yg ni dulu. Gambar-gambar yang latest

Hotel Hilton .
Pilihan hotel di KK.
Check in ngam ngam pukul 3pm. Lama juga kena tunggu. Sempat lunch.kat luar.
Ye lah sapa suruh sampai awal.

Check out boleh extend sampai kul 1pm. Rehat lobby jap..ambik grab ke airport at RM9 per car.
Kami?
Kena 3 grab ..

Hotel ni ok. Tapi Hilton lain lagi ok kot dari segi service.
 Biasa kalaunambil 3 unit, boleh ja depa ejas bagi saru room dulu at 2pm ka.
Tapi maybe superpeak season kot.

Bilik.
Macam macam kemudahan. Yang penting dan amat penting ada Astro.Supersport.
Dan malam tadi City vs MU final FA Cup.
Pergh kalau tak dak kena tengok kt hphone sajalah.

Dan Manchester City menang FA cup.
Yeszaaa.

Ada coffee maker with capsuls.
Nice expresso for me.

Set.complementary.

Sinki at toilet

Nice and cozy room

Facility

Bila amik connecting anak-anak rajin lak masuk. Offer buat coffee lagi...layannn.

santai with mum..habis bilik kami berkelabung. Adus

Nice showe


Before.the.game..ofcoz pakai.jersy Mancity

Shopping sat..rega printed rm98..jgn cemas real harga dlm rm40.pepandai la tawar menawar

Breakfast till close the bf time



My diet starter

Enuff with lobster at pasar.. tapau udang and ketam ja.


Fly back to klia setelah 4h 3 mlm di Sabah. Returning ke Sabah kali ni setelah 10 tahun kot.

Anak-anak pun tak ingat masa depa visit dulu.

Kena check blog ni balik.

Inilah guna nya blog.. megimbau kenangan dan boleh menulis sementara tunggu flight.
Kan kan
Oh fb dan insta semua ada.. tapi sesekali masuk gak blog.

Thanks guys for reading.

Di Stockholm.. catat lama baru post

Assalamualaikum bloggers and readers..
Nak bercerita tentang pemusafiran mencari ilmu Stockholm.
Ya kami baru sampai dan checkin hotel di sini.
Hotel yang cantik, moden dan menarik. 
Tak termimipi akan sampai ke negara Sweden ni.







Syarikat ( terima kasih banyak) menghantar untuk menghadiri persidangan di sini.

Semoga ianya memperoleh kebaikan demi tugas memacu ekonomi Bumiputera khas dan umat Islam amnya. Semoga diberkati.

Sampai di Central Stesen Stockholm lebih kurang pukul 2.30 pm.. terus check in.
Hotel Radisson Blue. Ya satu jenama yang tidak biasa kita dengar di sebelah Asia, NAmun di Scandinavia ni macam popular juga kot. Kat Denmak pun ada 2. Di copenhage sendiri. Di seluruh Denmark mungkin banyak.
Tak check la pulak.


Kejap lagi nak keluar jalan2 dan terus ke tempat untuk Iftar. Teman teman kat sini dah survey so aku ikut mana mana aja.

Semua ok. Makan belaka yang halal. Ramai nak pergi satu satu tempat , kita join saja... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...