Monday, 13 July 2015

Bersabarlah dalam mencari kebenaran

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku mulakan dengan memanjatkan doa..

Supaya jiwa-jiwa yang amarah diberikan ketenangan oleh Allah SWT. 
Tuhan yang Maha Mengetahui. Tiada terselindung samada hak atau bathil.

Supaya jiwa-jiwa yang gopoh kembali berfikir tentang tindakan , baik atau buruknya.
Supaya kata-kata atau fakta2 yang dusta tidak tersebar terlalu pantas , atau lebih baik terhenti terus.
Amiin Ya Rabbal A lamin..

Siapa yang nak tengok kita berantakan?
Siapa yang suka kacau bilau? Mungkin inilah pesanan sebelum ianya diikat menjelang Ramadhan.
Wahai 1 Malaysia, 2Malaysia waima 3Malaysia hingga jutaanMalaysia…bersabarlah dan berpesanlah dengan kesabaran…
Kalau nak ikutkan hati hancur Malaysia yang satu ni.

Ada dua versi. 
Tgk siapa yang cerita. Tengok sapa yg post dlm website .. 
Sapa yg salah telah diisytihar oleh siapa yg post/komen.
 Cekap betul buat andaian…

Aku tak tahu siapa yang salah..

Cuma nak kata gaduh tu tak molek. Yang moleknya harmony.

Berantakan dibulan mulia ni lagi la tak elok. Akhlak nak kena jaga..
Yang menipu tak elok.. Yang mencuri pun tak elok.
Yang eloknya jujur.
Yang eloknya bermualat secara jujur.

Uish... aku tak mau komen dan aku tak dok sokong  belah mana..
Lagi teruk jika aku terpaksa pilih nak sokong bangsa mana.
 Kalau aku pilih bangsa, bangsa tu pulak  yang tersilap. Malu jadinya.

Baik aku pilih pihak yang benar.. Sehingga kebenaran  muncul , aku menunggu dan menunggu..


p.s Tinggal 4 Ramadhan lagi termasuk hari ni,.. huhuhuh.. Cepatnyaa masa berlalu. Nak beli apapun boleh tunggu. Ramadhan tak tunggu!

Monday, 6 July 2015

Tak balik raya tahun ni...

Assalamualaikum..

Cerita 1.

Tahun ni tak balik kampung la aku.
Aku terpaksa batalkan rancangan..
PEpagi raya peri solat kat masjid..tinjau tinjau rumah jiran dalam perjalanan.. Tumpang cari pahala menengok keadaan sekitar.
MAlam nya pun begitu juga.. Ronda2 kawasan kejiranan. Yang sudah tentu sunyi. Mungkin ada satu dua lampu liplap kat laman, mungkin depa bertugasa atau pun yang dengar nasihat pakar kewangan tu..

Aku tak balik kg kalau aku dengar nasihar pakar bijak tu ,, tapi aku aku tak mau dengar. Aidilfitri adalah silaturrahim.
Raya adalah keraiaan.
Raya adalah kemenangan.
Raya adalah kegembiraan
Raya adalah untuk keluarga...
Wang bukan segala..

Nasihat manusia tu agak bijak dari org yang agak bijak rasanya tapi ada belenggu yg dia tak leh rungkai.
Awat la panggil dia wahai RTM.

TErima kasih atas nasihat.



Cerita 2.

Aku tak terbangun pagi tu nak tengok Argentina lwn Chile. Aku cuba nak berhenti sokong Argentina tp tak boleh. Aku follow result saja Copa Amerika ni yg mana MEssi and Co kalah lagi.

Taktau ramai tak yg follow , nak nak Ramadhan ni kan..
Waima isteri pun ghoyak, nasi bagun tengok live tu .. Bangun tahajud je lah bang.. Deep.

Apa pun kena tulis juga bab Argentina ni.. huh memang tak penting. Lupakan ..Bye.

p.s Tapi aku kecewa Argentina kalah final,,lagi.
JUga team Malaysia, hoki, hermmm.


Benda di atas adalah pasal ketentuan juga. Apapun kita boleh berubah dan berusaha (khas utk team Hockey Malaysia)

tu intro cerita 2 ni...

Yang aku nak tulis ni pasal rezeki dan ketentuan. Memang pandangan kita dan pemberian Allah tak sama. Allah maha adil dan Maha mengetahui..
Ada org dimata kasar kita yang, ni tak mungkin mendapat ganjaran yang sebegini berbanding yang begitu tekun dan gigih, Tetiba tup tup org ltu yg dapat. Itu pandangan kita namun perancangan Allah lebih teliti dan terbaik....

Ada perkara yang kita rasa kita tahu tapi sebenarnya tidak..







Friday, 3 July 2015

Masih teruja???

Assalamualaikum bloggers and readers..

Melebihi sebulan tak post entry..
Ada org rindu nak baca ke tak? Wohahah. Apapun selamat menjalankan ibadat piasa sepanjang Ramadhan al Karim. Kembalikan keterujaan first day Ramadhan. Anggaplah tiap2 hari dibulan Ramadhan ni adalah seperti hari pertama. Betapa terujanya kita..
So masih ada berbaki 15 hari. Audit diri sekejap. Ataupun bahasa kedah atau sabah nya, muhasabah diri.
Review semula, samada dok belah jihad ka dok belah hawa nafsu. Tepuk dada tanya iman naaaa. Sendiri mau ingat.

Waima apa pun keadaaannya. Berjujurlah dengan diri. Berita baiknya kita masih ada separuh perjalanan Ramadan tahun ini, entah boleh habis Ramadhan pun kita tak tahu. Apatah lagi Ramadhan tahun depan .
Jadi manfaatkanlah....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...