Thursday 2 September 2021

Apabila pingat emas ditarik

Assalamualaikum bloggers and readers..


Pingat Emas!!!

Hatiku tak terkejut kerana beliau adalah pemegang pingat pada edisi yang lalu.
ALhmadulillah bertambah lagi satu pingat emas untuk Para Malaysia.

Seriuos ly aku tak terkejut langsung kerana beliau adalah harapan emas kita. Dan kalau kalah pun adatlah. Bersukan , ada yang menang ada yang kalah. Walaupun semua nak menang kan.. walau 1/1000 saat tetapada ukuran membezakan. Walau 1mm jarak jika boleh diukur akan membezakan suasana tangisan gembira atau tangisan kecewa.

Lempar cakera.
Sukan yang aku tak tonton. Mungkin kerana Paralympic atau kerana kekangan masa. Jujurnya mungkin kerana Paralympic. Kalau itulah peserta Olimpic Malaysia yang menjadi taruhan mungkin ramai yang menunggu.  Waima Astro pun hanya satu saluran untuk sukan ini berbanding 10 kot masa olimpic,

Baik. Menang tak terkejut. Yang terkejut sikit bila dibatalkan. 
Eh kenapa pula detik hatiku. 
Dan tahulah ketika itu sebab lambat masuk Call Room. hokey.. apa pulak call room. Pun tak pasti kan, Jangan semua kita tahu..ada yang tak tahu..Call room ialah bla bla bla..
Dari nama pun dah agakkan.

Loh awat lambat pulak? Ini persoalan yang utama. Bukan org yang membuat aduan.
Aku ahli sukan, aku main sukan..aku minat sukan. Aku main nak menang..nak sihat. 
Kalau aku letak tempat Ukraine, mungkin aku komplen, Itu hak peserta, Mana ada ruang untk komplen memang depa akan komplen. Jujur.

Kemabali kepada persoalan. Kenapa peserta lambat. Tiada org uruskan. Tiada pebgiring ambil berat? Atlit tidak peka.?
Ok, banyak jawapan yang kita tunggu.

Manakala yang kedua pula, bila level Paralympic buat keputusan aku jangkakan memang susah untuk ubah. Wehhh.. ini level dunia kot. Bukan pertandingan antara kolej atau asrama.

Depa professionl kot..

Dan seperti aku jangka rayuan Msia ditolak.
Dua kali sedih la org yang kecam.
Sebenarnya org yang kecam ni maybe tersangat patriotik. Salute!!

Tapi ni rule kot. 

ok lah , aku rasa tiada sapa nak aniaya Msia dalam hal ni. Semua nak menang, Jury adalah profesionla.

So elok kita kembali kembali root cause..kenapa Atlit Msia lambat masuk call room?? Apakah punca,,dan ikutlah rules.
Bila rules yang digunapakai menyebelahi opponent,,, belajarlah menerima.

Soalan aku, dalam suasana lain,
 adakah kontinjen Malaysia tak akan komplen jika peserta yang mengalahkan kita terlambat juga dan menang ..Adakah Msia menerima kedudukan tempat ke2 walaupun dari segi teknikal kita rasakan aduan kita berjaya? Atau mencuba mencari ruang untuk diupgrade ketangga pertama.. ???

Rasanya tak molek serang oku Ukraine.
dan tak molek serang jury.dan press further dlm kes ni.

Mengalah bukan bererti kalah.
Mengalah untuk membina lonjakan kehadapan, yang lagi jauh.
Mengalahlah bila perlu...
Mengalah utk elak lebih malu..

Sukan bukan sekadar memang tetapi menang berhormat dalam erti kata peraturan kita patuhi.
Jika rule mengatakan kita terkhilaf,, lapangkan dada..teruskan usaha.

Itu lah bangsa yang berjaya
Bangsa yang pentingkan masa
Hormat pada undang2 nusa dan undang2 mereka.

Sukan mendidik kita..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...